Ibu ayam berusia 21 tahun

Saturday, February 20, 2010

PUTRAJAYA: Walaupun baru berusia 21 tahun, seorang wanita bukan saja mampu ‘membela’ lebih 10 perempuan belasan tahun yang bersedia menawarkan urut batin dan khidmat seks ‘ganas’, malah dia sendiri lebih ganas apabila sanggup melakukan ‘seks pelik’ terhadap pelanggan.

Kegiatan wanita dari Klang terbabit terbongkar apabila 10 penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menyerbu sebuah premis yang dipercayai menawarkan khidmat urut batin dan seks bagi pelanggan hotel berhampiran di Jalan Meru, Klang dekat sini, kelmarin.

Sebelum serbuan, wanita terbabit dikatakan berada di tingkah bawah premis berkenaan bersama seorang wanita bukan Islam, kira-kira jam 8 malam, manakala remaja lain sudah menjalankan ‘kerja’ di hotel berhampiran.

Kegiatan tidak bermoral di premis berkenaan didedahkan Penolong Pengarah Bahagian Perancangan dan Strategik Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Shahrom Maarop yang mengakui premis terbabit dikesan sebagai ‘sarang’ menawarkan urut batin dan khidmat seks kepada pelanggan hotel itu.

Beliau berkata, premis itu dijadikan tempat gadis urut melepak sebelum dipanggil untuk dijadikan ‘hidangan’ pelanggan di hotel berkenaan.

“Kita mendapat maklumat, wanita berusia 21 tahun terbabit adalah antara ‘tauke’ kegiatan menawarkan khidmat urut batin dan seks kepada pelanggan.

“Malah, siasatan juga mendapati wanita terbabit juga bersedia untuk memberikan khidmat kepada pelanggan jika permintaan terlalu mendesak,” katanya.

Bukan itu saja, Shahrom berkata, wanita terbabit bukan saja sanggup melakukan urut batin, malah sanggup melakukan seks ganas dan pelik bersama dua pelanggan sekaligus.

Menurutnya, pendedahan terbabit dibuat wanita itu kepada anggota penguat kuasa yang menjalankan siasatan dan penyamaran di premis berkenaan sebelum serbuan dilakukan.

“Wanita itu juga memberitahu mengenakan upah sehingga RM150 kepada pelanggan yang mahu mendapatkan khidmatnya dan sudah melakukan kerja itu sejak beberapa bulan lalu,” katanya.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

Isu Semasa

NST Online

The Star Online

Malay Mail Online

Berita Harian

Harian Metro

Malaysiakini