Jalur lebar untuk semua

Sunday, March 14, 2010

KUALA LUMPUR: Penduduk yang belum terdedah dengan teknologi jalur lebar tidak dipinggirkan kerana kerajaan sentiasa mencari jalan menyediakan kemudahan itu untuk golongan berkenaan.

Katanya, di Kuala Lumpur kini, penduduk yang berpendapatan rendah turut berpeluang menggunakan jalur lebar menerusi pakej yang ditawarkan Telekom Malaysia Berhad (TM).

“(Di Kuala Lumpur) masih ada golongan tertentu yang belum terdedah dengan jalur lebar. Kerajaan tidak pernah melupakan penduduk di kawasan berkenaan.

“‘Penduduk terpencil’ itu tetap berpeluang menikmati kemudahan jalur lebar, malah dapat menggunakannya dengan kos rendah menerusi pakej tertentu yang ditawarkan,” katanya pada majlis pelancaran ‘Pakej Jalur Lebar TM Dengan Komputer 1Malaysia’ di Sentul, di sini, semalam.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM, Datuk Seri Zamzamzairani Mohd Isa.

Selepas melancarkan pakej berkenaan di peringkat kebangsaan sebelum ini, TM meneruskan pelancaran pakej berkenaan untuk komuniti di Kuala Lumpur pula. Pakej baru itu menawarkan keluarga berpendapatan rendah gabungan komputer riba (netbook) dan akses Jalur Lebar bermula hanya RM38 sebulan untuk tempoh 24 bulan.

Sempena majlis itu, 10 pelanggan pertama pakej berkenaan yang merangkumi penduduk sekitar Sentul menerima netbook daripada Nong Chik.

Nong Chik berkata, beliau yakin pakej diperkenalkan TM itu mampu meningkatkan penggunaan jalur lebar di kalangan warga Kuala Lumpur dan seterusnya menghampiri sasaran kadar penembusan isi rumah kebangsaan sebanyak 50 peratus menjelang akhir tahun.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

Isu Semasa

NST Online

The Star Online

Malay Mail Online

Berita Harian

Harian Metro

Malaysiakini