Pelaburan dalam ASB, ASN harus

Monday, March 8, 2010

SOALAN

APAKAH hukum menggunakan hasil wang syubhah? Contohnya kita melabur dan menyimpan dalam ASB dan sebahagian daripada syarikat yang dilaburkan menguruskan perniagaan haram atau terdapat unsur mencurigakan.

Mereka mungkin menggunakan pinjaman bank yang mengandungi unsur riba. Adakah dividen yang diperoleh halal untuk digunakan?

NIK,
Terengganu



JAWAPAN

HASIL wang syuhbah hendaklah dijauhi kerana ada keraguan mengenai halalnya. Bagaimanapun, mengenai pelaburan dalam ASB dan juga ASN, Majlis Fatwa Kebangsaan mengatakan pelaburan di dalamnya adalah harus. Begitu juga dengan dividen dan bonusnya. Keputusan ini dibuat selepas Majlis Fatwa mendapat penjelasan daripada pihak PNB.

Oleh itu, anda boleh memutuskan sendiri sama ada untuk melabur atau tidak selepas menilai segala maklumat. Ini kerana pelaburan dibenarkan dalam Islam secara umumnya.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

Isu Semasa

NST Online

The Star Online

Malay Mail Online

Berita Harian

Harian Metro

Malaysiakini