SMS komunikasi utama remaja

Wednesday, April 21, 2010

NEW YORK: Khidmat pesanan ringkas (SMS) kini menjadi sebahagian hidup remaja dan alat komunikasi utama golongan remaja tapi telefon bimbit didakwa kerap menjadi punca ketegangan hubungan antara ibu bapa, pengurusan sekolah dan golongan muda itu.

Kaji selidik Universiti Michigan dan Pusat Kaji Selidik Pew mendapati, kekerapan mengirim SMS mengatasi semua jenis komunikasi dan tiga suku daripada remaja memiliki telefon bimbit, meningkat daripada 45 peratus pada 2004.

Kegilaan menggunakan telefon bimbit itu bagaimanapun menyebabkan remaja berdepan konflik dengan ibu bapa dan sekolah.

Ramai ibu bapa menghadkan penggunaan dan 48 peratus mengaku memantau pergerakan anak mereka dengan menggunakan teknologi GPS atau kerap menghubungi mereka. Sekolah pula kerap mengharamkan penggunaan telefon bimbit di perkarangan sekolah. - Agensi

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

Isu Semasa

NST Online

The Star Online

Malay Mail Online

Berita Harian

Harian Metro

Malaysiakini