Melayu pinjam ah long meningkat

Tuesday, May 11, 2010


KUALA LUMPUR 8 Okt. - Kalau sebelum ini trend meminjam daripada ah long sering dikaitkan dengan kaum Cina, kini peminjam Melayu juga diyakini kian meningkat.

Ini berdasarkan perangkaan Jabatan Pengaduan dan Perkhidmatan Awam MCA menunjukkan sebanyak 39 daripada 228 aduan kes atau 17 peratus, yang diterimanya dari awal tahun sehingga hari ini membabitkan peminjam Melayu.

Ketuanya, Datuk Michael Chong berkata, apa yang lebih mengejutkan daripada 39 pengadu tersebut ialah 18 daripadanya merupakan wanita.

Michael memberitahu, antara puncanya adalah segelintir mangsa memilih jalan singkat dengan meminjam daripada ah long selepas terjebak dalam skim cepat kaya yang dianggap satu 'perniagaan.'

"Apabila saya bertanya lanjut kepada mereka apakah jenis 'perniagaan' yang dijalankan, barulah ada di antara mereka mengakui membuat pelaburan dalam skim cepat kaya.

"Mereka yakin boleh mendapat pulangan dengan kadar segera dan membayar ah long mengikut masa ditetapkan, namun akhirnya menerima padah.

"Mereka bagaimanapun menegaskan bahawa mereka tidak berjudi," jelas Michael pada sidang akhbar di Wisma MCA di sini hari ini.

Sementara itu, Michael berkata, kesemua 228 kes yang diadu kepada pihaknya setakat ini, melibatkan hutang sebanyak RM24 juta.

Katanya, pecahan lain membabitkan peminjam adalah kaum Cina dan India, iaitu masing-masing 172 dan 17 kes.

"Trend orang Cina meminjam ah long tetap sama, puncanya iaitu berjudi," jelas beliau.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

Isu Semasa

NST Online

The Star Online

Malay Mail Online

Berita Harian

Harian Metro

Malaysiakini