Filem Lucah 3D Pertama di Dunia

Sunday, June 20, 2010

Sekumpulan pembikin filem Hong Kong mula melakukan penggambaran apa yang didakwa mereka sebagai filem lucah tiga dimensi (3-D) pertama di dunia, lapor akhbar Sunday Morning semalam.

Filem itu yang berjudul 3-D Sex and Zen: Extreme Ecstasy melibatkan kos sebanyak AS$3.2 juta (RM10 juta) dan dijangka ditayangkan pada Mei depan.

Menurut akhbar itu, filem itu akan dibintangi pelakon wanita filem lucah, Yukiko Suo dan Saori Hara.

Penerbit filem itu, Stephen Shiu mengakui bahawa tapisan akan menghalang tayangan filem tersebut di tanah besar China.

“Namun, kami kini semakin berurusan dengan beberapa pasaran termasuk Jepun, Korea Selatan, negara-negara di Asia Tenggara dan beberapa rangkaian televisyen berbayar di Hong Kong” katanya. – AFP

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

Isu Semasa

NST Online

The Star Online

Malay Mail Online

Berita Harian

Harian Metro

Malaysiakini