Pasangan buang bayi ditahan

Sunday, August 15, 2010

Pasangan kekasih mengaku bersalah buang bayi perempuan di Melaka

MELAKA: Sepasang kekasih mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas tuduhan membuang bayi perempuan yang baru dilahirkan di luar kilang tempat mereka bekerja di Ayer Keroh, dekat sini, Rabu lalu.

Tertuduh, Mohd Zolhalmi Khamis, 18, dan pasangannya seorang juvana berusia 17 tahun 10 bulan mengangguk sebagai tanda faham ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohd Fairuz Johari.

Mengikut pertuduhan, pasangan kekasih yang berasal dari Felda Jelai 2, Gemas, Negeri Sembilan itu membuang bayi perempuan mereka di kawasan kilang Daibochi, Ayer Keroh, kira-kira jam 1 pagi, 11 Ogos. Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Berita Harian sebelum ini melaporkan satu pasangan kekasih disyaki membuang bayi perempuan baru dilahirkan ke dalam tong sampah di luar kilang tempat mereka bekerja pada hari pertama Ramadan.

Pasangan berusia 18 tahun itu ditahan beberapa jam selepas polis menerima laporan penemuan bayi perempuan yang masih bertali pusat diisi dalam beg pakaian warna hitam daripada seorang pengawal keselamatan, kira-kira jam 5.20 pagi.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

Isu Semasa

NST Online

The Star Online

Malay Mail Online

Berita Harian

Harian Metro

Malaysiakini