BEIJING: Pengeluar kereta gergasi dari Jerman, BMW mula memanggil balik lebih 21,000 unit kenderaan sedan mewahnya dari China selepas mengesan berlaku kerosakan pada sistem brek, lapor media China, semalam.
Ia membabitkan kira-kira 390 unit kereta mewah Rolls-Royce Phantom dan 30 unit Land Rover Discovery, lapor agensi berita Xinhua, memetik kenyataan Agensi Pentadbiran Am Pemantauan Kualiti, Pemeriksaan dan Kuarantin (GAQSIQ). Pada 1 Oktober lalu, BMW mengumumkan untuk memanggil balik 350,800 unit kereta BMW dan Rolls-Royce di seluruh dunia selepas mengakui terdapat masalah brek tetapi menegaskan ia tidak 'berbahaya'. BMW dilaporkan menjual lebih 120,000 unit kenderaannya di China sejak Januari lalu. - AFP
BMW panggil balik 21,000 kereta di China
Sunday, October 10, 2010
Posted by Berita Sentral Semasa Terkini at 12:50 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment