Hukuman ISA ke atas 7 pegawai Imigresen berdasarkan peruntukan undang-undang

Wednesday, October 13, 2010

KUALA LUMPUR: Hukuman tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ke atas tujuh kakitangan Jabatan Imigresen yang terbabit dalam aktiviti penyeludupan manusia tidak harus dilihat sebagai hukuman berat, kata Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Abdul Rahman Othman.

Beliau berkata sebaliknya hukuman itu dibuat berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada berdasarkan bukti kukuh yang dikumpul polis.

"Tindakan ISA itu satu keputusan yang sudah pun difikirkan oleh kerajaan.

"Biasalah pada kita yang tak tahu (hasil siasatan) ni, mesti kita kata keraslah, kejamlah dan sebagainya," katanya selepas merasmikan Hari Bersama Pelanggan Wilayah Tengah Construction Labour Exchange Centre Berhad (CLAB) 2010 di sini hari ini.

Semalam, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar mendedahkan sembilan individu terdiri tujuh kakitangan Jabatan Imigresen dan dua warga asing, ditahan di bawah ISA kerana disyaki terlibat dalam kegiatan penyeludupan manusia.

Abdul Rahman yang ditukarkan sebagai Setiausaha Bahagian Imigresen di Kementerian Dalam Negeri (KDN) berkuat kuasa Jumaat ini, berkata hukuman itu setimpal kerana kesalahan mereka yang menggugat keselamatan negara selain menjejaskan imej negara di peringkat antarabangsa.

"Ini wajar menjadi peringatan kepada anggota lain supaya tidak mengamalkan salah laku kerana mereka perlu bertanggungjawab," katanya.

Beliau berkata, bagi memperkukuhkan kawalan keselamatan di semua pintu sempadan negara, tindakan segera telah dilaksanakan khususnya bagi mengelakkan kegiatan sindiket penyeludupan warga asing.

Menurutnya, selain itu pegawai penyelia juga ditugaskan untuk mengawasi anggota bawahannya khususnya jika mereka hidup melampaui kemampuan kewangan masing-masing.-Bernama

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

Isu Semasa

NST Online

The Star Online

Malay Mail Online

Berita Harian

Harian Metro

Malaysiakini