BAGHDAD: Kementerian Hak Asasi Manusia Iraq berpendapat, maklumat terbaru didedahkan WikiLeaks ‘tidak membawa sebarang kejutan’.
Jurucakap kementerian itu, Kamil al-Amin, berkata sebelum ini pihaknya memang mendedahkan pelbagai salah laku di negara itu, seperti kekejaman di Penjara Abu Ghraib, dengan kebanyakannya membabitkan tentera AS.
“Kematian memang banyak berlaku dan ramai orang dikebumikan tanpa sebarang dokumen kerana ketika itu kerajaan belum berjaya mengawal keadaan,” katanya, semalam.
Abu Ghraib adalah penjara paling ditakuti pada era pemerintahan Saddam Hussein sebelum ia diambil alih AS selepas pemimpin Iraq itu disingkirkan pada 2003.
Ia kemudian menjadi pusat penderaan warga Iraq oleh tentera AS. - AFP
Link: http://wikileaks.org/
Iraq tak terkejut data rahsia
Sunday, October 24, 2010
Posted by Berita Sentral Semasa Terkini at 5:43 AM
Labels: kekejaman tentera as di iraq, penindasan umat islam, penjara abu ghraib, rahsia kekejaman penjara abu ghraib
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment