Kempen tangani dera bayi dilancar

Friday, October 22, 2010

Orang ramai tak perlu takut lapor kes

KUALA LUMPUR: Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, berkata orang ramai tidak sepatutnya takut dengan label ‘jaga tepi kain’ dalam usaha mengatasi kes penderaan bayi dan kanak-kanak.

Katanya, mereka perlu berani membuat laporan kepada polis, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), pemimpin tempatan, wanita UMNO ataupun Skuad Sayang mengenai kes penderaan kanak-kanak bagi mengatasi kes itu.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu semalam melancarkan kempen Get On Board atau Mari Turut Serta anjuran Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) bagi menangani masalah penderaan kanak-kanak di Malaysia di PWTC.

“Isu penderaan kanak-kanak adalah tanggungjawab bersama yang perlu dilaksanakan tanpa mengira sentimen kaum, bangsa dan agama.

“Kempen itu menjadi medan bagi rakyat Malaysia membuktikan keupayaan dan kesungguhan mereka mengekang penderaan kanak-kanak,” katanya.

Wanita UMNO, katanya sebagai ibu dalam masyarakat menyambut kempen ini dengan bersungguh-sungguh dan menyasarkan sekurang-kurangnya untuk mengutip 100,000 tandatangan digital menjelang akhir tahun ini.

“Penyertaan dan sokongan kami dalam kempen ini bagi menyatakan dengan jelas pendirian kami berhubung penderaan kanak-kanak.

“Andai semua lapisan masyarakat bekerjasama dengan menunjukkan keprihatinan seumpama ini, saya percaya golongan penjenayah itu akan berfikir dua tiga kali sebelum melakukan jenayah itu," katanya.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

Isu Semasa

NST Online

The Star Online

Malay Mail Online

Berita Harian

Harian Metro

Malaysiakini