KOTA KINABALU: Mayat seorang wanita separuh bogel, dipercayai jururawat yang dilaporkan hilang sejak Sabtu lalu, dijumpai dihumban ke dalam sebuah longkang hari ini.
Mayat itu sudah mula menjadi busuk ketika dijumpai oleh beberapa penduduk Taman Kingfisher kira-kira 11 pagi.
Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Senior Asisten Komisioner Tan Kok Liang berkata, siasatan awal menunjukkan mangsa mengalami kecederaan di kepala.
Beliau berkata, polis tidak menolak kemungkinan mayat itu adalah jururawat dari Kudat yang sebelum ini dilaporkan hilang.
"(Bagaimanapun) masih terlalu awal untuk menentukan sebab kematian," katanya sambil menambah bedah siasat akan dijalankan di Hospital Queen Elizabeth (QEH).
Sabtu lalu, jururawat Annie John Dismas, 39, dilaporkan hilang selepas dia berbual menerusi telefon dengan tunangnya kira-kira 3 petang.
Dia dilaporkan memberitahu tunangnya yang dia akan pergi ke Universiti Terbuka Malaysia untuk menghadiri kursus, dan kemudian ke QEH untuk melawat neneknya.
Annie tidak pulang ke rumah malam itu.
Keesokan harinya, kereta Perodua Kancil milik Annie ditemui kira-kira 2 pagi di Lorong Dewan, berhampiran Hotel Garden di pusat bandar raya. Bapa mangsa, John Dismas berkata, Annie dan tunangnya tiba ke bandar raya ini pada 30 September, dari Kudat, tempat dia bekerja.
Pasangan itu menginap di rumah tunang Annie di Kampung Mahandoi, Penampang dekat sini.-Bernama
Mayat dipercayai jururawat yang hilang sejak Sabtu lalu dijumpai
Monday, October 11, 2010
Posted by Berita Sentral Semasa Terkini at 6:55 PM
Labels: Kehidupan, mayat jururawat hilang ditemui
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment