Media China kutuk pemberian Hadiah Nobel Keamanan

Friday, October 8, 2010

BEIJING: Media China hari ini mengutuk keputusan jawatankuasa Hadiah Nobel memberikan anugerah berprestij itu kepada pengarang yang dipenjarakan, Liu Xiaobo dengan menyifatkan ia tidak wajar, bongkak dan prejudis.

Lidah pengarang akhbar berbahasa Inggeris, Global Times berkata, jawatankuasa Nobel "menjadi alat politik yang berperanan menyebarkan sentimen anti-China".

“Jawatankuasa Nobel sekali lagi menunjukkan kebongkakan dan prejudis terhadap negara ini yang mencatatkan kemajuan ekonomi dan sosial dalam tiga dekad lalu," kata lidah pengarang akhbar itu dengan merujuk kepada pemilihan Dalai Lama, peminpin buangan Tibet yang dipolih sebagai pemenang Hadiah Nobel Keamanan pada 1989.

“Tiada seorang pun daripada kedua-duanya menyumbang kepada keamanan dan kemajuan yang dicapai China dalam dekad terdekar ini," katanya.

Berita Liu, yang dipenjarakan Beijing kerana dianggap penjenayah selama 11 tahun kerana gerakan subversifnya dipilih pemenang Hadiah Nobel 2010 dilaporkan media tempatan China.

Sebelum ini, laporan menyebut berita pemilihan Liu itu cuma menimbulkan kemarahan kerajaan negara itu saja. Berita petang stesen televisyen China Central langsung tidak menyebut berita pemilihan Liu, sebaliknya memaparkan laporan mengenai banjir di Pulau Hainan.

Berita mengenai Liu dalam stesen televisyen antarabangsa CNN dan stesen Perancis, TV5 disekat oleh agensi penapisan kerajaan negara itu. - AFP

1 comments:

Pojie said...

Zaman skang ni macam2 hal la kan

Related Posts with Thumbnails

Isu Semasa

NST Online

The Star Online

Malay Mail Online

Berita Harian

Harian Metro

Malaysiakini