PERSATUAN Bola Sepak India Malaysia (Mifa) menganjurkan Kejohanan Bola Sepak Bawah 20 tahun Piala Dato Seri S Samy Vellu 2010 pada 1 hingga 4 Disember ini.
Kejohanan yang bakal berlangsung di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, Johor itu menampilkan 12 pasukan yang dibahagikan kepada empat kumpulan.
Presiden Mifa, T Mohan menyempurnakan majlis pengundian semalam bersama-sama ahli jawatankuasa Mifa.
Selain bakal menjulang Piala Dato Seri S Samy Vellu, pasukan yang muncul juara turut membawa pulang wang tunai RM10,000, sementara naib juara pula RM5,000 dan RM1,000 bagi pemenang tempat ketiga.
12 pasukan bawah 20 tahun rebut Piala Samy Vellu
Thursday, November 25, 2010
Posted by Berita Sentral Semasa Terkini at 3:05 PM
Labels: kejohanan bola sepak piala dato seri s samy vellu 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment