Masyarakat India di Utara rai secara sederhana akibat banjir
KUALA LUMPUR: Sambutan Deepavali semalam diraikan penuh meriah di seluruh negara, tetapi dirayakan dalam suasana sederhana di utara tanah air berikutan banjir besar yang melanda. Di ibu negara, kira-kira 5,000 tetamu pelbagai kaum hadir memeriahkan majlis rumah terbuka Deepavali anjuran MIC di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) yang menyerlahkan konsep 1Malaysia melalui kepelbagaian sajian, bukan saja juadah popular kaum India malah ada kaum lain. Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang meluangkan masa kira-kira 30 minit meraikan Deepavali bersama pemimpin MIC termasuk Presidennya, Datuk Seri S Samy Vellu dan Naib Presiden Datuk Dr S Subramaniam.
Hadir sama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Koh Tsu Koon; Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Sidek Hassan.
Majlis sama turut diadakan oleh GERAKAN di ibu pejabatnya di Cheras yang turut dihadiri Muhyiddin dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman; Setiausaha Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, menteri Kabinet serta duta asing.
Di SEREMBAN, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan adalah antara ribuan tetamu yang hadir ke majlis rumah terbuka Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Perladangan, Sumber Manusia, Alam Sekitar dan Pengaduan Awam negeri, Datuk VS Mogan.
DI MELAKA, Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Khalil Yaakob mengetuai kira-kira 3,000 tetamu memeriahkan rumah terbuka Pengerusi MIC Negeri, Datuk R Perumal di Selandar, Jasin bermula jam 10 pagi. Hadir sama, Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan isteri Datin Seri Asmah Abd Rahman.
Di IPOH, Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan isteri, Datin Seri Sharipah Zulkifli menghadiri rumah terbuka Pengerusi MIC Perak, Datuk S Veerasingam dan Ketua MIC Bahagian Ipoh Barat, Datuk G Rajoo.
Di JOHOR BAHRU, ?seramai 5,000 penganut Hindu, termasuk dari Singapura mengunjungi Kuil Arulmigu Sri Raja Kaliamman atau Kuil Kaca di Jalan Tebrau untuk bersembahyang sempena Deepavali.
Di KEDAH dan Perlis, rata-rata penganut Hindu yang menjadi mangsa banjir meraikan Deepavali secara sederhana di rumah keluarga terdekat atau di rumah saudara mara yang berada di luar Kedah.
Deepavali disambut meriah
Friday, November 5, 2010
Posted by Berita Sentral Semasa Terkini at 11:46 PM
Labels: deepavali disambut meriah, perayaan di malaysia, perayaan keugamaan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment