PELAKON drama Eira Syazira dah mengaku dia kekasih kepada Azad Jazmin. Alah, lelaki kecoh dan gelabah dalam drama bersiri Adnan Sempit di Astro Warna itu.
Baguslah kalau dah declare awal-awal tentang hubungan istimewa engkau orang sebab lepas ni kalau ada orang terjumpa kat mana-mana, tengah beromantika ke, tak susah lah nak terangkan kat semua orang.
Tak macam setengah artis lain, cinta bagai nak rak tapi tak mengaku. Ada juga yang mengaku bercinta tapi sebenarnya tak bercinta. Saja nak publisiti murahan yang macam-macam.
Teman Syed ada cerita pernah ternampak aksi pegang-pegang mesra mereka lepas prebiu wayang Ngangkung di lot tempat meletak kereta baru-baru ini.
Lepas terkantoi dengan kawan Syed tu, cepat-cepat pasangan sedang berbunga bahagia ini lepas tangan. Alah, cool la dik, bukannya kawan Syed nak kecoh pun! Kawan Syed pun pernah bercintalah.
Dengar kata, Eira nak kahwin dengan Azad bulan Mac tahun depan, betul ke? Kalau betul, bagitahu awal-awal, Syed boleh taja satu dulang hantaran. Tak kisahlah sama ada di rumah Eira di Kelantan atau Azad kat Pulau Pinang tu, sanggup kami pergi.
Syed memang suka bila dengar cerita artis berkasih dengan artis ini. Nampak sempurna, sama cantik sama padan di luaran.
Yang tak suka bila cerita putus tersebar, habis satu Malaysia dengar kisah busuk. Ada skandal dengan perempuan lainlah, tak ke naya pada teman seorang lagi itu. Seorang mengaku putus dan seorang lagi tak mengaku. Macam mana tuh?
Eira sah kekasih Azad!
Monday, November 1, 2010
Posted by Berita Sentral Semasa Terkini at 9:27 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment