Elin lelong barang kemas pemberian Woods

Tuesday, November 9, 2010

FLORIDA: Elin Nordegren, bekas isteri Tiger Woods merancang melelong barang kemas berjumlah AS$2.5 (RM8 juta) yang diberikan bintang golf itu sepanjang lima tahun perkahwinan mereka.

Wanita berusia 30 tahun itu sudah memilih syarikat lelong Sotheby untuk melelong barang kemas berkenaan.

Satu sumber yang rapat dengan Elin, ibu dua anak, menyifatkan rancangan itu sebagai tindakan membalas dendam.

“Ia caranya untuk berkata: ‘Segala-galanya sudah berakhir,’” kata sumber itu.

Wanita warga Sweden itu mungkin memperoleh berjuta-juta dolar hasil lelongan itu tetapi keputusannya untuk berpisah dengan barang kemas itu bukan kerana wang.

Elin sudahpun memperoleh AS$100 juta (RM320 juta) selepas perceraiannya dengan Woods sebelum ini.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

Isu Semasa

NST Online

The Star Online

Malay Mail Online

Berita Harian

Harian Metro

Malaysiakini