Hulu Terengganu daerah terbaik UPSR 2010

Thursday, November 11, 2010

Empat sekolah mendapat lulus 100 peratus



KUALA TERENGGANU: Daerah Hulu Terengganu buat pertama kali muncul sebagai daerah terbaik di Terengganu dalam keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang diumumkan semalam.

Pegawai Pelajaran Daerah (PPD) Hulu Terengganu, Shafruddin Ali Hussin, berkata lebih membanggakan apabila Pencapaian Gred Purata bagi sekolah di daerah itu ialah 2.11 mengatasi pencapaian negeri iaitu 2.25.

Katanya, Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Randok di daerah itu berada dalam kedudukan lima sekolah terbaik negeri apabila 18 muridnya atau 46.15 peratus mendapat 5A dalam semua mata pelajaran.

“Empat sekolah mendapat keputusan 100 peratus kelulusan minimum C iaitu SK Dusun, SK Kemat, SK Bukit Tadok dan SK Teris. Ini membuktikan sekolah pedalaman boleh cemerlang,” katanya kepada Berita Harian, semalam.

“Kejayaan ini adalah hasil usaha guru yang sangat komited, patuh dan bersemangat untuk membuktikan sekolah di pedalaman boleh muncul sebagai sekolah terbaik," katanya kepada Berita Harian, semalam.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

Isu Semasa

NST Online

The Star Online

Malay Mail Online

Berita Harian

Harian Metro

Malaysiakini