Pelan persaraan Samy Vellu 13 Disember

Tuesday, November 23, 2010

KUALA LUMPUR: Datuk Seri S Samy Vellu semalam berkata beliau akan mengumumkan butiran terperinci persaraannya sebagai Presiden MIC pada 13 Disember ini.

Bekas Menteri Kerja Raya berusia 74 tahun itu berkata, beliau akan melepaskan jawatan Presiden MIC dengan senang hati kerana ia akan memberinya lebih banyak masa untuk bersama keluarga, rakan taulan dan masyarakat.

“Pada hari berkenaan (13 Disember), saya juga akan umumkan rancangan saya selepas berundur daripada jawatan itu,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Ke-46 Majlis Belia Hindu Malaysia, di sini.

Turut hadir pada mesyuarat itu ialah Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk T Murugiah.

Dalam ucapannya, Samy Vellu menggesa belia India supaya berfikir di luar kotak untuk membolehkan mereka menjadi golongan yang memiliki daya saing. Katanya, bimbingan keluarga dan organisasi berkaitan juga penting dalam membantu belia India membina masa depan yang lebih cerah.- Bernama

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

Isu Semasa

NST Online

The Star Online

Malay Mail Online

Berita Harian

Harian Metro

Malaysiakini