MALAM kemuncak anugerah meraikan bakat kreatif dalam bidang muzik, filem, TV dan radio, Shout! Awards 2010 yang berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil di ibu kota kelmarin menyaksikan Yuna melakar kecemerlangan apabila membawa pulang tiga trofi, sekali gus mengetepikan semua calon lain yang bertanding dalam kategori sama.
Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Zarai, 23, yang julung kalinya dicalonkan di Shout! Awards mengungguli tiga kategori, Popstar Award (Pop Award), Break Out Award (Best New Act) dan anugerah utama yang menjadi rebutan Ultimate Shout! Award.
Dalam kategori Popstar Award, Yuna berjaya mengetepikan enam lagi calon lain, Aizat, Datuk Siti Nurhaliza dan Krisdayanti, Jaclyn Victor, Mizz Nina dan Zee Avi.
Bagi kategori Break Out Award pula Yuna menewaskan Azlan & The Typewriter, Black, Mizz Nina, Monoloque dan Zee Avi.
Tidak ketinggalan, dalam kategori Ultimate Shout! Award, Yuna berjaya memadamkan impian Bunkface yang turut menang dua kategori lain pada malam itu. Bagaimanapun, dalam �kategori Mobile Artiste of The Year Award, Yuna terpaksa akur apabila ia berpihak kepada kumpulan 6ixth Sense (Tanpa).
Ketika ditemui, Yuna yang tampil dengan rekaan Syomir Izwa berkata, dia tidak sangka menang besar pada malam itu.
“Saya hanya sasarkan kategori Popstar Award menang dan tidak sangka akan menang dua lagi kategori lain pada malam ini. Maklumlah, ia kali pertama saya dicalonkan dalam Shout! Awards.
“Saya juga ingat Mizz Nina akan menang besar kerana dia menerima pencalonan paling banyak dalam anugerah ini,” katanya.
Secara peribadi, Yuna yang popular menerusi lagu Dan Sebenarnya mengakui gembira kerana dirinya diterima di kalangan peminat urban di Malaysia.
“Sebelum ini saya bertanding dalam Anugerah Juara Lagu dan Muzik-Muzik dan saya memang tidak jangka akan diterima peminat urban pula,” katanya.
Mengenai perancangannya selepas ini, kata Yuna yang kini muncul dengan album sulung, Decorate, dia akan kembali me�nyambung rakaman albumnya di Los Angeles, Amerika Syarikat.
“Saya akan kembali ke sana untuk meneruskan rakaman lagu,” katanya yang berada di Los Angeles selama tiga bulan untuk mencari peluang membikin album dan menjayakan persembahan.
Selain Yuna, penyanyi Mizz Nina juga mencuri tumpuan ramai kerana menerima pencalonan yang paling banyak dalam Shout! Awards iaitu dalam kategori Pop�star Award, Break Out Award dan Hot Chick Award.
Namun, Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman tidak pulang dengan tangan kosong kerana berjaya membawa pulang satu kategori iaitu Flava Award (Hip Hop & R & B Awards), sekali gus menewaskan lima lagi calon lain iaitu Altimet, DJ Fuzz & Malique, Joe Flizzow, Malique dan Sonaone.
Mizz Nina yang popular menerusi lagu What You Waiting For ini berkata, dia tetap bersyukur sekalipun hanya membawa pulang satu trofi pada malam itu.
“Saya tetap gembira walaupun kalah dengan Yuna. Bagi saya membawa pulang satu trofi pun tetap bermakna dalam pencapaian karier seni saya,” katanya.
Persembahan mantap
SEPANJANG hampir tiga jam majlis penganugerahan Shout! Awards berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil, Sabtu lalu, momen yang paling membuatkan penonton terkesan dan tidak kering gusi semestinya gandingan Zizan dan Johan Raja Lawak sewaktu diberi penghormatan menyampaikan hadiah bagi kategori Hot Chick Award yang dimenangi Scha Al-Yahya.
Percubaan mereka bertutur dalam ‘broken English’ sememangnya mencuit hati penonton.
Inisiatif itu harus diberi pujian kerana sekurang-kurangnya mereka berdua tidak malu mencuba meskipun sedar penguasaan bahasa Inggeris mereka tidak begitu sempurna. Apa yang dilakukan adalah sebagai menghormati majlis yang diacarakan dalam bahasa Inggeris.
Jika Datuk David Arumugam diingati kerana menyebut ‘colan-colannya’ pada satu majlis penganugerahan tidak lama dulu, Zizan pula mencipta ungkapan baru ‘nama-namanees’ merujuk kepada ‘nominees.’
Dia juga menyelamatkan siaran langsung Shout! Awards yang dipancarkan menerusi 8TV daripada mengalami ‘over run’ apabila Scha tidak muncul di pentas kerana tidak dapat hadir.
Pada malam itu, Zizan juga melakar sejarah apabila me�ngetepikan pengacara nombor 1 Malaysia, Aznil Haji Nawawi serta Ally Iskandar, Awal Ashaari, Daphne Iking dan Henry Golding dalam kategori, Favourite TV Personality Award.
Barangkali ramai tidak menyangka kemenangannya itu kerana adanya Aznil Haji Nawawi sebagai pencabar, namun jeritan penonton yang berada dalam stadium membuktikan Zizan diminati ramai.
Siapa sangka, Zizan bintang Raja Lawak Astro yang lebih terarah pada program Melayu ini mempunyai ramai peminat daripada elompok ‘urban.’
Barangkali Zizan diminati kerana dia tidak membawa personaliti yang stereotaip sebagaimana kebanyakan bintang komedi lain. Pemuda berasal dari Terengganu ini suka berfesyen, bijak menjaga imej dan komedinya yang segar.
Melihat secara menyeluruh penganjuran anugerah itu, besar impian pihak 8TV untuk melihat penganjuran kali kedua Shout! Awards akan lebih hebat dan cemerlang berbanding tahun lalu.
Shout! Awards jika dikupas secara mendalam satu penganjuran anugerah yang selamba serta menepati cita rasa anak muda masa kini.
Paling penting, ia mampu memberi impak dan mencetus fenomena baru dalam majlis penganugerahan sedia ada.
Bersifat urban sesuai sasaran penonton yang berbeza, Shout! Awards jika dianggap acara hiburan bagi golongan muda sebelum ini sebenarnya turut berjaya menarik minat komuniti urban pelbagai peringkat usia yang menyokong kuat penggiat muzik indie.
Anugerah refleksi daripada MTV Awards ini mempunyai konsep yang utuh di mana persembahan muzik yang ditampilkan berpaksi pada arus muzik yang sama. Berbanding penganjuran yang pertama, persembahan tahun ini juga menyaksikan banyak kolaborasi.
Pentas dirasmikan dengan pembukaan ala futuristic oleh Wakaka Crew, Famous Crew dan Maple Loo, ia seterusnya dihangatkan dengan persembahan Deja Voodoo Spells & Faizal Tahir membawakan lagu Thunder Struck, Superhero, Rock&Roll dan Beat It.
Berselang-seli dengan penyampai anugerah, Yuna yang muncul sebagai pemenang anugerah terbanyak malam itu membawakan lagu Decorate disusuli Najwa dengan Got To Go.
Persembahan terus menggila dengan aksi James Baum menerusi lagu One Night, sementara Reshmonu dengan lagu Anok Anok yang menampilkan elemen etnik diikuti Cuci The Musical.
Hujan pula membawakan single terbaru mereka, Inspektor Remos manakala The Great Glass City menjadi pertaruhan kumpulan They Will Kill Us All.
Kumpulan Bittersweet memperdengarkan lagu Knights of The Round Table dan Love Me Butch menggegar pentas dengan lagu Come On...Come On...
Turut membuat persembahan bertenaga malam itu, Mizz Nina (Let Me C U Get It/What You Waiting For). Monoloque, Atilia, Noh, Altimet dan Azlan The Typewriter bergabung menyampaikan lagu Kekanda Adinda, Kotarayaku dan Pelita.
Selain Reshmonu, antara persembahan paling menarik malam itu adalah gabungan Arabyrd yang membawakan lagu Birdkick bersama Kuhan, Shawn Lee, Shazet, Giller Battle Crew dan Wakaka Crew.
Persembahan diakhiri dengan kemunculan penyanyi hip hop yang diterbangkan khas dari Amerika Syarikat, Iyaz. Penyanyi kulit hitam ini memperdengarkan rangkaian lagu seperti Replay, Solo dan So Big. Secara keseluruhan, susunan persembahan cukup mantap namun, dicemarkan sedikit oleh masalah teknikal.
Turut menyerikan acara itu, kumpulan Estranged, Maple Loo Aishah Sinclair, Cheryl Samad, Qi, Andy (Flop Poppy), Adibah Noor, Ning Baizura, Arabyrd, Tacmatic, KRU, Iyaz, Maya Karin, Daphne Iking, Andrea Fonseka, Henry Gilding, Hafiz Hatim, Sarah Lian, Afdlin Shauki, Liyana Jasmay, Hans Isaac, Chef Wan, Nora Danish, Diana Danielle, Aizat dan Bunkface yang muncul sebagai penyampai anugerah.
SENARAI PEMENANG SHOUT! AWARDS 2010
Rockstar Award - Bunkface
Popstar Award - Yuna
Power Voval Award - Faizal Tahir
Flava Award (Hip Hop/R&B Awards) - Mizz Nina
Music Video Award - Prom Queen (Bunkface)
Break Out Award (Best New Act) - Yuna
Best On Screen Chemistry Award - Afdlin Shauki & Liyana Jasmay (Papadom)
Fresh TV Series (New TV Series) - Nur Kasih (Filmscape)
Breakthrough Feature Award - Lagenda Budak Setan (Sharad Sharan)
Favourite TV Program (Non Drama) - Showdown 2010
Favourite TV Personality Award - Zizan Raja Lawak (Raja Lawak 4)
Collest Radio Announcer Award - Phat Fabes (Fly FM Pagi Show)
Favourite Radio Show Award - HotFM AM Krew (Fara, Faizal & AG)
Hot Chick Award - Scha Al-Yahya
Hot Guy Award - Henry Golding
Mobile Artiste 0f The Year Award - 6ixth Sense (Tanpa)
Ultimate Shout! Award - Yuna
Shout! Awards 2010: Zizan catat sejarah tersendiri
Monday, November 22, 2010
Posted by Berita Sentral Semasa Terkini at 1:21 AM
Labels: anugerah shout 2010, cerita artis malaysia, Shout Awards 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment