Telur sambut Miyabi

Tuesday, November 30, 2010

JAKARTA: Anggota Front Pembela Islam (FPI) berikrar mengadakan bantahan dan ‘menyerang’ pejabat majalah lelaki dewasa, Maxim, kerana menguruskan kedatangan bintang filem lucah Jepun, Maria Ozawa.

Sejak berita kedatangan Maria - juga dikenali sebagai Miyabi - tersebar, pelbagai pihak memberikan pandangan terhadap kewajaran rancangan itu.

Bagi FPI yang berfahaman radikal, kedatangan Maria wajar dibantah.

Pemimpinnya, Habib Salim Alatas, berkata awal petang ini mereka bakal mengadakan demonstrasi dan membakar gambar bintang filem lucah dari Jepun itu.

“Kami juga akan menyerang pejabat Maxim dengan telur dan tomato busuk serta bangkai ayam sebagai protes terhadap kedatangan Maria,” katanya.

Maria, 24, dilahirkan di Hokkaido, Jepun, adalah pelakon berdarah campuran Jepun di sebelah ibu dan Perancis dan Kanada (bapa).

Dia mendakwa aktiviti seksualnya sangat tinggi ketika berusia 13 tahun dan pernah menguasai 48 posisi seksual hasil pembelajarannya sendiri melalui buku.

Kata Habib, FPI berazam menimbulkan kekecohan di pejabat syarikat Star Media yang menerbitkan majalah Maxim versi Indonesia.

“Sekurang-kurangnya dengan melontarkan telur dan tomato busuk serta bangkai ayam itu, pejabat Maxim haru-biru,” katanya. - Agensi

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

Isu Semasa

NST Online

The Star Online

Malay Mail Online

Berita Harian

Harian Metro

Malaysiakini