Tembikar China RM214j

Friday, November 12, 2010

Barang antik dinasti Qianlong catat sejarah bidaan tertinggi



LONDON: Sepasang adik beradik yang menemui tembikar China ketika membersihkan loteng rumah ibu bapa mereka yang sudah meninggal dunia, hampir pengsan apabila lelongan barangan antik itu kelmarin mencapai bidaan 43 juta (RM214 juta).

Jurulelong sebelum itu memberitahu adik beradik berkenaan yang menjumpai tembikar itu di rumah ibu bapa mereka di Pinner, Middlesex, tembikar berkenaan kemungkinan mendapat bidaan antara 800,000 (RM3.9 juta) hingga 1.2 juta (RM6 juta).

Bagaimanapun tidak seorang pun menjangka pembeli dari China melonjakkan bidaan sehingga mencapai rekod dunia untuk tembikar iaitu 43 juta hanya dalam tempoh setengah jam.

Pada satu ketika bidaan dibuat, seorang dari adik beradik yang tidak dinamakan itu hampir pengsan dan terpaksa meninggalkan dewan lelong untuk mendapatkan udara segar.

Bidaan ke atas tembikar abad ke-18 dinasti Qianlong itu dipercayai paling tinggi dalam sejarah bagi tembikar China.

Harga keseluruhan yang terpaksa dibayar oleh pembeli yang berjaya dari China yang tidak dinamakan ialah 53,105,000 (RM265 juta), termasuk komisyen dan cukai tambah nilai.

Pelelong di Bainbridges, Helen Porter, berkata adik beradik itu yang tidak mahu identiti mereka didedahkan, memang langsung tidak mengetahui nilai tembikar yang ditemui mereka itu.

Bagaimana tembikar itu berada dalam pemilikan ibu bapa mereka juga masih menjadi misteri. Ia dikatakan di dalam pemilikan keluarga itu sejak 1930-an.

Pelelong, Chris Albury dari syarikat pelelong Dominic Winter, di Swindon berkata harga tinggi itu mencerminkan kekayaan baru yang dimiliki penduduk China. - Agensi

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

Isu Semasa

NST Online

The Star Online

Malay Mail Online

Berita Harian

Harian Metro

Malaysiakini