JAKARTA: Bekas isteri Ariel - atau nama sebenarnya, Nazril Irham - Sarah Amelia, akan turut memberi keterangan di mahkamah sebagai saksi kes pengedaran klip video lucah bekas vokalis kumpulan Peterpan itu, kata peguam, semalam.
Mengikut jadual perbicaraan, Sarah akan memberi keterangan di mahkamah Bandung hari ini.
Turut dipanggil sebagai saksi adalah ahli kumpulan Peterpan.
Mengulas perkembangan itu, peguam bela Ariel, Afrian Bondjol, berkata penyanyi itu ada diberitahu mengenai bekas isterinya yang akan hadir di mahkamah hari ini.
“Masalahnya, apa yang perlu diketahui pihak pendakwa daripada Sarah? “Adakah Sarah tahu apa yang berlaku terhadap Ariel sebelum ini?” katanya.
Menurut Afrian, Ariel mengakui bersimpati terhadap Sarah kerana turut dibabitkan dalam perbicaraan berkenaan.
Katanya, Sarah mungkin menjadi bahan persendaan kesan daripada kemunculannya sebagai saksi.
“Sebenarnya, saksi yang dikemukakan pendakwa setakat ini kurang relevan dengan pertuduhan asas dikenakan mereka terhadap Ariel.
“Kami menuntut supaya dalang sebenar menyebarkan klip video ini yang dikenakan tindakan,” katanya. - Agensi
Bekas isteri Ariel jadi saksi
Wednesday, December 15, 2010
Posted by Berita Sentral Semasa Terkini at 10:17 PM
Labels: Ariel Peterporn, bekas isteri Ariel jadi saksi, kes skandal video seks ariel peterpen, kisah artis indonesia, sarah amelia isteri ariel peterpan beri keterangan di mahkamah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment