CISCO, syarikat peneraju dalam teknologi jaringan di seluruh dunia komited untuk bekerjasama dengan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (Mida) bagi memberi lebih banyak peluang pekerjaan sekali gus menarik penyertaan pelabur asing ke negara ini menerusi kepakaran ditawarkan Cisco.
Selain itu, Cisco turut mengumumkan inisiatif strategik dengan Mida untuk membangunkan lagi keupayaan pembuatan syarikat di Pulau Pinang bagi melatih dan melahirkan pekerja berasaskan pengetahuan serta mempunyai kemahiran tinggi yang boleh menyumbang kepada pertumbuhan negara. Pengarah Urusan Cisco Malaysia, Anne Abraham (gambar), berkata, Malaysia pasaran strategik bagi Cisco memandangkan kestabilan ekonomi, kualiti prasarana dan sokongan yang diberi oleh kerajaan.
“Kami mahu membangunkan teknologi yang membolehkan penyedia menyediakan perkhidmatan yang boleh mengembangkan ekonomi, membolehkan kreativiti dan menggunakan rangkaian sebagai platform bagi transformasi negara,” katanya.
Cisco, Mida jalin kerjasama tarik pelabur
Wednesday, December 1, 2010
Posted by Berita Sentral Semasa Terkini at 4:55 AM
Labels: cisco mida jalin kerjasama tarik pelabur. peluang pelaburan di malaysia
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment