Pencipta bom neutron meninggal dunia

Wednesday, December 1, 2010

LOS ANGELES: Pencipta bom neutron, Samuel T Cohen, meninggal dunia di Los Angeles pada usia 89 tahun.

Pada 1958, Cohen mencipta senjata nuklear taktikal yang membunuh manusia tetapi menyebabkan hanya sedikit kerosakan pada harta benda.

Anak Cohen, Paul, memberitahu the Los Angeles Times dan New York Times bahawa bapa beliau meninggal dunia akibat barah perut Ahad lalu. C

ohen menyokong bom neutron sebagai pilihan lebih baik dari segi moral kepada senjata nuklear lain.

Bom neutron menggunakan partikel halus yang boleh menembusi objek dengan kerosakan kecil tetapi membunuh manusia.

Amerika Syarikat membangunkan senjata itu pada 1980-an dan beberapa negara lain dipercayai turut memilikinya tetapi bom neutron tidak begitu diterima.

Cohen yang berasal dari New York mempelajari fizik di Institut Teknologi Massachusetts dan membantu membina bom atom yang digugurkan di Nagasaki, Jepun. - AP

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

Isu Semasa

NST Online

The Star Online

Malay Mail Online

Berita Harian

Harian Metro

Malaysiakini