Rakyat miskin luar bandar hanya 3.6 peratus

Thursday, December 2, 2010

KERAJAAN berjaya mengurangkan kadar kemiskinan rakyat di luar bandar daripada hampir 50 peratus pada 1970 kepada hanya 3.6 peratus kini.

Malah hasil inisiatif kerajaan menerusi medium pendidikan, 70 peratus daripada 30,345 pelajar sedia ada di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) seluruh negara adalah pelajar luar bandar dari keluarga miskin.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, MARA juga sedang menaja 53,000 pelajar luar bandar yang meliputi 46,000 mengikuti pengajian di dalam negara dan bakinya di luar negara. Katanya, kejayaan itu dicapai hasil komitmen kerajaan melaksanakan pelbagai program komprehensif untuk tujuan pembangunan dan mengurangkan kadar kemiskinan di luar bandar.

Beliau berkata, inisiatif terbabit akan diteruskan untuk membantu meringankan beban masyarakat kurang berkemampuan dan miskin tegar di kawasan berkenaan.

Dalam agenda membasmi kemiskinan ini, kementerian memainkan peranan penting menyediakan pelbagai kemudahan di luar bandar, termasuk infrastruktur asas seperti bekalan air bersih dan elektrik, jalan serta bantuan rumah, menerusi pendekatan holistik dan menyeluruh.

Agenda ini membabitkan pelaksanaan projek agropolitan dan menggunakan saluran pendidikan pada peringkat rendah serta menengah melalui pembinaan tabika KEMAS dan MRSM dan juga penajaan pelajar di dalam dan luar negara menerusi MARA.

Selain itu, pelaksanaan program peningkatan pendapatan orang kampung di bawah seliaan FELCRA dan RISDA," katanya menjawab soalan Datuk Bung Mokhtar Radin (BN-Kinabatangan).

Mohd Shafie berkata, sebagai contoh pendapatan peserta projek Agropolitan Gahai di Kuala Lipis, Pahang, kini meningkat kepada lingkungan RM1,700 hingga RM2,500 sebulan, berbanding RM500 sebulan sebelum ini.

Malah, katanya, peserta terbabit juga diberi saham bagi tanaman getah yang membolehkan mereka menerima dividen tahunan sekiranya projek itu memberi keuntungan.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

Isu Semasa

NST Online

The Star Online

Malay Mail Online

Berita Harian

Harian Metro

Malaysiakini