JAKARTA: Bagi Sri Rossa Roslaina Handayani, impiannya yang paling utama ketika ini adalah menyempurnakan cintanya dengan kekasih di jinjang pelamin.
Penyanyi itu yang lebih popular dengan nama Rossa berkata, majlis pernikahannya juga akan diadakan secara sederhana.
“Kalau ada jodoh, majlis itu tidak akan dibuat besar-besaran kerana yang penting kami disatukan,” katanya selepas menyiapkan penggambaran klip video lagu ‘Aku Menunggu’ di Jakarta Timur, semalam.
Baru-baru ini, Rossa, 32, dilaporkan memesan gaun khas daripada seorang pereka fesyen terkenal, menyebabkan ada pihak menjangka dia bakal bergelar isteri sekali lagi.
Bagaimanapun, janda pemain dram kumpulan Padi itu menafikan khabar berkenaan.
“Tidak. Sebenarnya saya berjumpa pereka itu untuk menyiapkan baju menyanyi,” katanya. - Agensi
Rossa nafi bakal bernikah sekali lagi
Friday, December 3, 2010
Posted by Berita Sentral Semasa Terkini at 1:58 PM
Labels: kisah artis indonesia, rossa nafi bakal bernikah sekali lagi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments:
Post a Comment