KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan pelantikan Datuk Seri S Samy Vellu sebagai duta khas Malaysia untuk infrastruktur bagi India dan rantau Asia Selatan berkuatkuasa 1 Januari ini.
Katanya, pelantikan itu adalah pengiktirafan sumbangan besar bekas presiden MIC itu, yang juga bekas Menteri Kerja Raya, dalam membantu syarikat Malaysia melaksanakan projek pembangunan di benua kecil India itu.
"Kami tidak mahu kehilangan bakatnya dan hubungannya dengan negara-negara ini dan saya pasti banyak syarikat akan mendapat manfaat daripada peranannya sebagai duta khas untuk infrastruktur," katanya ketika melancarkan buku biografi Samy Vellu bertajuk "A Life. A Lengend. A Legacy" di sini.
Samy Vellu dilantik duta khas infrastruktur bagi India, Asia Selatan
Sunday, December 12, 2010
Posted by Berita Sentral Semasa Terkini at 6:42 AM
Labels: samy vellu dilantik sebagai duta khas malaysia untuk infrastruktur india
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment