BANTING: Mahkamah Majistret Telok Datok di sini, pagi ini membenarkan permohonan pendakwaan untuk menangguhkan kes seorang peguam, N Pathmanabhan dan tiga yang lain didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, kerana membunuh jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, dan tiga individu lain, ke Januari depan untuk sebutan semula kes itu.
Majistret Hurman Hussain menetapkan 27 Januari depan untuk sebutan semula kes itu selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Ishak Yusoff, supaya kes itu ditangguhkan.
Ia bagi menunggu keputusan beberapa permohonan yang difailkan, termasuk semakan terhadap hukuman dan rayuan bekas pekerja ladang milik Pathmanabhan yang dihukum penjara tujuh tahun selepas mengaku bersalah membakar dan melupuskan mayat jutawan kosmetik, Sosilawati 47, pemandunya, Kamaruddin Shansudin, 44, peguam, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, pegawai Bank CIMB, Noorhisham Mohammad, 38.
Sebutan semula kes Sosilawati 27 Januari depan
Wednesday, December 15, 2010
Posted by Berita Sentral Semasa Terkini at 7:40 PM
Labels: datuk sosilawati lawiya, kes pembunuhan datuk sosilawati, pembunuhan kejam sosilawati dan rakan, sebutan semula kes Sosilawati 27 Januari depan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment