PBB: Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon, berkata pendedahan dokumen diplomatik Amerika Syarikat (AS) oleh WikiLeaks akan menjadi amalan diplomasi "amat sukar".
Pada 29 November lalu, akhbar The Guardian di Britain menyiarkan dokumen bertarikh Julai 2009 mengarahkan pegawai AS mengumpul maklumat risikan mengenai Ban dan pegawai kanan PBB serta diplomat, termasuk butiran teknikal berhubung sistem komunikasi, maklumat biometrik dan kad kredit.
Pada sidang media di sini, Ban berkata beliau "agak telus" tetapi perlu ada cara untuk menghormati kerahsiaan untuk melaksanakan tugas sebagai setiausaha agung atau jawatan kanan lain. - AP
WikiLeaks sukarkan diplomasi: Ki Moon
Friday, December 17, 2010
Posted by Berita Sentral Semasa Terkini at 11:39 AM
Labels: pendedahan wikileaks, wikileaks, wikileaks sukarkan diplomasi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment