Hukum Menonton VCD Lucah

Wednesday, August 12, 2009

Soalan

Saya terdengar cerita rakan yang melihat cakera padat video (VCD) dan gambar berunsur lucah. Apakah hukumnya bagi remaja Islam berbuat demikian?

Ada orang mengatakan apabila sampai usia remaja berlaku beberapa perubahan yang ketara. Saya kurang faham mengenai perubahan terbabit?

AIMAN,
Johor


Jawapan

MENONTON VCD lucah dan melihat gambar lucah adalah haram.

Anasir itu perlu dijauhi kerana boleh merangsang kepada jenayah lain seperti zina dan rogol yang sangat buruk padahnya.

Antara tanda kanak-kanak sudah mencapai usia baligh ialah keluar mani, tumbuh bulu ari-ari, bulu ketiak, misai dan janggut bagi lelaki.

Bagi kanak-kanak perempuan pula ialah keluar mani, datang haid, hamil dan tumbuh bulu.

Dari sudut usia, biasanya mereka berumur 15 tahun ke atas.

~ Dr Abdul Salam Muhammad Shukri

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

Isu Semasa

NST Online

The Star Online

Malay Mail Online

Berita Harian

Harian Metro

Malaysiakini