Amalan hindari pukau

Friday, December 25, 2009

Soalan

KEBELAKANGAN ini kita sering mendengar mengenai pukau. Pukau boleh terjadi di mana saja, bukan saja di rumah, bahkan sewaktu kita berjalan-jalan. Pukau juga boleh dilakukan dengan banyak cara seperti sentuhan, renungan mata dan banyak lagi yang kita tidak ketahui kecuali pengamal pukau berkenaan.

Kita juga sering dihadapkan dengan amalan melindungi diri daripada pukau menurut petua nenek moyang seperti meletakkan penyapu terbalik di belakang pintu rumah. Adakah pendapat itu benar dan apakah pandangan daripada sudut Islam? Apakah amalan baik (doa) yang boleh melindungi diri dan rumah daripada terkena pukau?

CHOKY DINZLY
Kelantan

Jawapan

Pukau satu daripada amalan sihir. Perbuatan ini berdosa besar dan boleh membawa kepada syirik dan hukum mempelajarinya haram.

Mereka yang mengamalkannya dan memudarat pada manusia sebagaimana difatwakan oleh ulama pada 11 Oktober 1993 sebagai berdosa besar dan wajib dihukum.

Nabi Muhammad SAW mengajar kita supaya sentiasa memohon perlindungan Allah daripada terkena sihir. Sebagai manusia, Nabi tidak terkecuali dikenakan dengan amalan jahat ini. Oleh itu dalam surah al-Falaq kita disaran berlindung daripada kejahatan makhluk tuhan, kejahatan malam dan kejahatan sihir (pukau) serta kejahatan daripada sifat dengki.

Perbanyakan membaca surah ini dan berlindung dengan Allah dan mengamalkan doa mathurat yang diajarkan Nabi supaya terelak daripada sihir dan pukau. Apabila manusia berzikir, dia mengingati Allah dan apabila dia mengingati Allah dia tidak lalai. Hanya manusia yang lalai dan alpa mudah terkena amalan sihir.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

Isu Semasa

NST Online

The Star Online

Malay Mail Online

Berita Harian

Harian Metro

Malaysiakini