LOS ANGELES: David Beckham akan memfailkan saman di Jerman terhadap majalah Amerika Syarikat yang menyiarkan tuduhan mengenai kehidupan peribadi bekas kapten England itu.
Jurucakap Jeff Raymond berkata, pemain tengah itu akan menyaman majalah In Touch di beberapa tempat mulai hari ini tetapi enggan memberikan butiran lanjut.
“Malangnya, kita hidup dalam dunia di mana sebuah majalah boleh mencetak pembohongan dan percaya mereka boleh terlepas daipada tindakan. Kami sedang mengambil tindakan undang-undang terhadap majaah itu,” menurut kenyataan 19 Entertainment.
Beckham berkahwin dengan bekas anggota kumpulan Spice Girl, Victoria Beckham sejak 11 tahun lalu dan pasangan itu dikurniakan tiga anak. - AP
0 comments:
Post a Comment