Kes Bunuh Datuk Sosilawati: Suspek utama nafi terbabit bunuh

Friday, September 24, 2010


Peguam dakwa 2 beradik tak diberi peluang pertahan diri sebelum direman

KUALA LUMPUR: Buat pertama kali semalam, dua beradik yang juga suspek utama kes pembunuhan kejam Datuk Sosilawati Lawiya dibenarkan berjumpa peguam mereka dan dalam pertemuan itu mereka mendakwa tidak terbabit dalam kes berkenaan.

Peguam mereka, D P Vijandran, berkata perkara itu dimaklumkan kepadanya selepas beliau bertemu dengan mereka di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL) di sini, petang semalam.

Saya bersama dua rakan peguam dibenarkan berjumpa kedua-dua anak guam kami selama 15 minit dan dalam pertemuan itu mereka menafikan terbabit dalam pembunuhan kejam membabitkan empat individu termasuk seorang jutawan kosmetik. Mereka mendakwa tidak diberi peluang mempertahankan diri sebelum ditahan reman, katanya ketika ditemui di IPKKL, semalam.

Vijandran bersama peguam Ravi Nekoo dan Pushpa Ratnam tiba di IPKKL kira-kira jam 3 petang bersama isteri kedua-dua suspek utama sebelum meninggalkan pekarangan ibu pejabat itu 30 minit kemudian.

Difahamkan, isteri kedua-dua suspek itu dibenarkan berjumpa suami masing-masing kira-kira 10 minit. Ini pertemuan pertama mereka sejak ditahan 11 September lalu.

Dalam pada itu, Vijandran turut menyuarakan rasa kesal dengan laporan akhbar sejak kejadian berkenaan yang disifatkannya berat sebelah, sedangkan kes itu belum pun dibawa ke mahkamah. Selagi kes ini belum dibawa ke mahkamah dan sehingga hakim memutuskan siapa yang bersalah, anak guam saya tidak bersalah.

Sepanjang berada dalam lokap sejak dua minggu lalu, salah seorang anak guam saya juga mendakwa dia ditumbuk dan ditendang anggota polis sehingga cedera di belakang badan.

Malah, permintaan anak guam saya untuk mendapatkan rawatan di hospital berhubung kecederaan itu juga tidak diendahkan polis, katanya laporan polis mengenainya akan dibuat hari ini.

Sosilawati, 47, dibunuh bersama pemandu peribadinya, Kamaruddin Shamsuddin, 44; perunding kewangannya, Noorhisham Mohammad, 38 dan peguamnya, Ahmad Kamil Abd Karim, 32, di sebuah ladang persendirian di Banting pada 30 Ogos lalu.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

Isu Semasa

NST Online

The Star Online

Malay Mail Online

Berita Harian

Harian Metro

Malaysiakini