JAKARTA: Bekas mahasiswa Universiti Monash, Atiqah Hasiholan, disahkan menjadi bintang iklan baru untuk produk Lux bagi menggantikan Luna Maya selepas selebriti itu terbabit dalam skandal seks.
Ketika dihubungi media petang semalam, ibu Atiqah, Ratna Sarumpaet, berkata anaknya itu kini bersiap sedia membuat pengumuman sendiri mengenai tawaran diterimanya daripada pengeluar Lux.
“Ya, Atiqah tak sabar-sabar berjumpa media secepat mungkin,” katanya.
Walaupun begitu, Ratna enggan memberi komen lebih lanjut mengenainya, kecuali berkata, banyak pihak berhubung dengannya untuk cuba mendapatkan peluang menemubual Atiqah.
Disebabkan masih awal, Ratna berkata, dia meminta media bersabar dan menunggu Atiqah, 28, mengumumkan pemilihannya itu sendiri.
Khabar mengenai Atiqah menggantikan Luna Maya mula disebut-sebut sejak Mac lalu lagi.
Selain Atiqah, nama yang disebut-sebut bakal menjadi duta Lux adalah Syahrini dan Rianti Cartwright. Pengeluar produk Lux berkata, kriteria penting untuk melayakkan seseorang selebriti menjadi dutanya mestilah cantik dan pintar merawat kecantikan serta kesihatan kulit.
Pernah membintangi filem Berbagi Suami pada 2006, Atiqah pernah menyatakan secara terbuka kesediaannya beraksi adegan panas dalam filem, tetapi dengan syarat, filem itu berkualiti dan memang memerlukannya berbuat demikian.
Sementara itu, Ketua Komunikasi Korporat Lux, Maria Dewantini, enggan memberi kenyataan mengenai pemilihan Atiqah yang diketahui media sebelum ia diumumkan.
“Tunggu saja pengumuman rasmi tidak lama lagi,” katanya. - Agensi
Atiqah duta baru Lux ganti Luna Maya
Thursday, November 4, 2010
Posted by Berita Sentral Semasa Terkini at 2:11 AM
Labels: atiqah duta baru lux ganti luna maya, atiqah hasiholan, kes skandal video seks luna maya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment