Batu Sapi: Semua 12 pusat mengundi dibuka mulai 8 pagi

Wednesday, November 3, 2010


SANDAKAN: Semua 12 pusat mengundi bagi pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi mula dibuka jam 8 pagi dengan proses pengundian dilaporkan lancar.

Tinjauan Berita Harian Online mendapati orang ramai mula tiba di pusat mengundi seawal 7.30 pagi bagi menunggu dan berbaris di pusat mengundi masing-masing.

Keadaan cuaca juga cerah dan pasukan keselamatan di tempatkan di luar pekarangan tempat mengundi bagi memastikan tiada keadaan tidak diingini berlaku.

Daripada 12 pusat mengundi, 10 ditutup jam 5 petang manakala dua lagi masing-masing jam 3 petang di Kampung Tronglit, Pulau Timbang (SK Tronglit) dan jam 4 petang di Kampung Segaliud, (SK SegalIud), iaitu pusat mengundi paling jauh kira-kira 750km dari sini.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

Isu Semasa

NST Online

The Star Online

Malay Mail Online

Berita Harian

Harian Metro

Malaysiakini