Lanun rampas kapal China di Laut Arab

Friday, November 12, 2010

BEIJING: Lanun merampas sebuah kapal kargo dengan 29 kelasi di Laut Arab dan memberitahu syarikat perkapalan itu bahawa mereka akan membawanya ke Somalia, kata pegawai China dan media.

Serangan itu berlaku dua hari selepas 17 kelasi China kembali selepas ditawan lanun Somalia selama empat bulan. Ia turut menunjukkan penularan kegiatan lanun di luar Teluk Eden, lubuk lanun yang kini dironda pasukan antarabangsa.

Seorang pegawai Pusat Penyelamat Marin China berkata, kapal Yuan Xiang yang berdaftar di Panama diserang malam tadi.

Agensi berita Xinhua melaporkan Ningbo Hongyuan Ship Management Company melaporkan serangan lanun itu kepada pusat penyelamat berkenaan sejurus sebelum tengah malam dan menyatakan lanun terbabit membawa kapal berkenaan ke Somalia. - AP

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

Isu Semasa

NST Online

The Star Online

Malay Mail Online

Berita Harian

Harian Metro

Malaysiakini