Penerbit filem King Kong meninggal

Friday, November 12, 2010

LOS ANGELES: Penerbit filem King Kong, Dino De Laurentiis meninggal dunia di kediamannya di Beverly Hills, California pada usia 91 tahun, Rabu lalu.

Sepanjang karier perfilemannya, penerbit dari Itali itu mengeluarkan 500 filem, termasuk yang terkenal seperti La Strada, yang memenangi hadiah Oscar, Serpico dan Three Days of the Condor. Menurut anak perempuannya yang juga penerbit dan pemenang hadiah Oscar, Raffaella De Laurentiis, punca kematiannya tidak diketahui. De Laurentiis menceburi bidang perfileman pada umur 20 tahun. Dilahirkan di Naples, Itali, tetapi kemudian berpindah ke Amerika Syarikat dan mengeluarkan filem mahal seperti Hurricane dan Tai-Pan.

Beliau juga menerbitkan semula filem King Kong pada 1976, filem ikan paus yang membawa maut, Orca, beberapa adaptasi novel penulis Stephen King dan terbaru, Hannibal pada 2001 selepas filem The Silence of the Lambs.

Keluarga De Laurentiis adalah pengeluar pasta. De Laurentiis dilahirkan di Torre Annunziata, dekat Naples.

Selepas berkhidmat dengan tentera Itali ketika Perang Dunia Kedua, beliau menubuhkan Dino De Laurentiis Studios pada 1947.

Pada 1950-an, beliau terbabit dalam pembikinan filem terkenal termasuk Ulysses dengan aktor Kirk Douglas selain filem War And Peace dengan Audrey Hepburn.

Beliau membina studio di Rome diberi nama Dinocitta dan menerbitkan beberapa filem termasuk Barbarella sebelum berpindah ke Amerika. Reuters/Agensi

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

Isu Semasa

NST Online

The Star Online

Malay Mail Online

Berita Harian

Harian Metro

Malaysiakini