MALAYSIA mencatatkan peningkatan mengagumkan apabila menduduki ranking antara 20 negara terunggul dalam indeks pembangunan kewangan Forum Ekonomi Dunia (WEF) tahun ini.
Ia ekoran pertambahan besar pengumpulan matanya terutama dari segi kestabilan kewangan yang turut mengatasi Singapura. Laporan Pembangunan Kewangan Tahunan Ketiga Forum Ekonomi Dunia yang dikeluarkan baru-baru ini menyatakan, antara kekuatan negara ialah fungsinya sebagai pusat perbankan Islam.
Kedudukan Malaysia juga meningkat daripada kedudukan ke-22 kepada kedudukan ke-17 dalam indeks keseluruhan yang diterajui oleh negara Amerika Syarikat dan United Kingdom.
Ia juga mengumpul jumlah mata tinggi dalam kategori kestabilan kewangan iaitu tonggak ketiga dalam merumuskan indeks pembangunan kewangan.
Malaysia antara 20 negara teratas dalam indeks WEF
Thursday, November 4, 2010
Posted by Berita Sentral Semasa Terkini at 7:39 PM
Labels: forum ekonomi dunia, malaysia antara 20 negara teratas indeks wef
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment