Nasim lancar Peugeot 207

Thursday, November 4, 2010


NASIM Sdn Bhd (Nasim), pengedar tunggal dan eksklusif jenama Peugeot di negara ini, melancarkan model terbarunya, semalam, Peugeot 207 yang disasarkan kepada golongan muda yang berkeluarga dan mereka yang tinggal di bandar.

Dijual pada harga RM72,888 di atas jalan, model berkenaan mampu memberikan pengalaman pemanduan yang menakjubkan, selain rekaan eksklusif.

Pengerusi Eksekutif Bersama Kumpulan Naza yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Nasim, SM Nasarudin SM Nasimudin, berkata model pertama yang dikeluarkan di Naza Automotive Manufacturing (NAM) di Gurun, Kedah akan dieksport ke pasaran pemandu sebelah kanan di Asean dan Sri Lanka.

“Sebagai kereta segmen B, model Peugeot 207 sedang menuju ke arah pasaran yang amat kompetitif yang ketika ini didominasi pengeluar kereta dari Jepun.

“Tetapi, kami percaya ketika ini pelanggan sedang bertukar kepada jenama Eropah terutama segmen B,” katanya pada pelancaran model Peugeot 207 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya, semalam.

Pelancaran disempurnakan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Asia PSA Group, Gregoire Olivier, Nasarudin berkata, Nasim mensasarkan untuk menjual antara 5,000 hingga 6,000 unit model terbabit tahun depan.

Selain itu, katanya sebanyak 20 peratus daripada jumlah keluaran di NAM akan dieksport ke Thailand, Brunei, Indonesia dan Sri Lanka dalam masa terdekat.

Malah, kereta terbabit juga akan diperkenalkan di Pertunjukan Motor Antarabangsa di Bangkok, tahun depan.

Dilengkapi enjin 1.6 liter, Peugeot turut dilengkapi ciri keselamatan seperti ABS, brek elektronik, bantuan brek kecemasan dan dua beg udara untuk dua penumpang di hadapan.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

Isu Semasa

NST Online

The Star Online

Malay Mail Online

Berita Harian

Harian Metro

Malaysiakini