Pendaki cemar Bukit Broga

Friday, November 12, 2010


Credit: http://bit.ly/cUtZvI

SEMENYIH: Walaupun terletak pada ketinggian 400 meter dari aras laut, Bukit Broga tidak terlepas menjadi sasaran manusia tidak bertanggungjawab dan peka.

Apa tidaknya, keindahan bukit yang menjadi bualan ramai itu seakan terjejas apabila dicemari sampah- sarap yang bukan saja mencacatkan kecantikannya, malah menimbulkan persepsi negatif kepada pelancong luar.

Lebih menyakitkan mata memandang apabila tinjauan baru-baru ini mendapati papan tanda di puncak bukit itu menjadi tempat pendaki merekodkan kejayaan mereka menawan puncak bukit itu.

Tertanya-tanya adakah kesedaran sivik di kalangan rakyat ini terlalu rendah sehingga sampah dibuang di merata-rata tanpa mengira tempat.

Pendaki, Juliza Salleh, 25, berkata, pengalaman pertamanya sampai ke puncak Bukit Broga disambut dengan pemandangan tidak menyenangkan.

“Bukit ini mempunyai daya tarikan tersendiri kerana kecantikan dan keindahannya, namun semua itu bagaikan tenggelam apabila melihat longgokan sampah di merata-rata tempat.

“Kalau pendaki sanggup membawa botol berisi air ketika mendaki bukit, mengapa harus membiarkan botol kosong yang beratnya tidak seberapa sewaktu menuruni bukit,” katanya.

Menurutnya, pihak berkuasa tempatan (PBT) perlu membuat pemantauan secara berkala bagi memastikan kebersihannya.

Pendaki yang mahu dikenali dengan nama Efa, 27, berkata Bukit Broga bukan saja menjadi tumpuan di kalangan orang tempatan, tetapi terkenal di kalangan pelancong asing.

Katanya, tugas menjaga kebersihan bukan terletak di bahu PBT semata-mata, tetapi pendaki perlu mempunyai kesedaran dan inisiatif memeliharanya.

“Ramai yang datang ke bukit ini untuk menikmati keindahan pemandangan ciptaan Tuhan dan pastinya tidak mahu gambar yang dirakam ‘cacat’ dengan kewujudan longgokan sampah,” katanya.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

Isu Semasa

NST Online

The Star Online

Malay Mail Online

Berita Harian

Harian Metro

Malaysiakini