GOMBAK: Angkara si anak yang gemar memandu kereta dengan laju, seorang wanita terpaksa melangsaikan 30 saman trafik berjumlah lebih RM 4,000 bagi mengelakkan namanya disenarai hitam atau diheret ke mahkamah.
Wanita itu yang hanya mahu dikenali sebagai Nor, 58, berkata, dia sudah kerap merayu anaknya supaya menjelaskan semua saman tertunggak itu secara ansuran namun tidak diendahkan.
“Puas saya memujuknya namun anak lelaki saya yang berusia 27 tahun tetap degil dengan alasan tak ada duit. Saya tiada pilihan dan terpaksa membayar semua saman itu kerana ia dihantar atas nama saya berikutan kereta yang digunakan anak saya adalah milik saya,” katanya yang ditemui di perkarangan Pejabat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak, baru-baru ini. Nor berkata, dia tiba di IPD Gombak sekitar jam 9.30 pagi semalam dan terkejut apabila mendapati nama saya dikaitkan dengan 30 saman trafik yang rata-ratanya adalah saman ekor akibat memandu dalam keadaan melebihi had laju.
“Selepas ditolak dengan tawaran diskaun, saya perlu membayar RM4,000 bagi membersihkan nama saya daripada sebarang saman. Kesesakan di kaunter menyebabkan saya terpaksa menunggu lebih tujuh jam sebelum berjaya membayar semua saman tertunggak itu.
“Orang yang berasak mahu membayar saman terlalu ramai. Nombor giliran diberikan kepada saya adalah 2268 sedangkan nombor yang terpapar di skrin pada jam 9.30 pagi adalah 2048. Ini bererti saya perlu menunggu 220 orang sebelum tiba giliran saya,” katanya.
Sementara itu, tinjauan Harian Metro mendapati kebanyakan kaunter semakan dan pembayaran saman trafik di IPD Shah Alam, Gombak, Ampang dan Jalan bandar dipenuhi orang ramai yang berpusu-pusu mahu menjelaskan saman trafik seawal jam 7 pagi lagi.
Kesesakan luar biasa terbabit turut berlaku di kaunter trafik Bukit Aman apabila kebanyakan pemilik kenderaan sanggup menunggu berjam-jam bagi menjelaskan saman tertunggak pada kadar yang dianggap lebih menguntungkan.
Melalui tawaran ditetapkan, semua saman trafik sebelum 1 Disember 2010 diberikan insentif kadar munasabah membabitkan potongan diskaun 50 peratus.
Angkara anak memandu laju
Friday, December 17, 2010
Posted by Berita Sentral Semasa Terkini at 3:40 PM 0 comments
Labels: anak degil, Anak Derhaka, angkara anak gemar memandu laju, Islam dan Anda, Keluarga dan Islam, Keruntuhan Akhlak, seorang ibu terpaksa menanggung saman anak
Ibu simpan ‘anak ikan’
PUTRAJAYA: Seorang ibu tunggal dicekup bersama lelaki muda atau ‘anak ikan’ belaannya di sebuah rumah di Presint 9, di sini awal pagi kelmarin selepas diserbu penguat kuasa agama yang bertindak atas aduan anak wanita itu sendiri.
Serbuan dilakukan pada jam 2.50 pagi oleh sekumpulan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) Putrajaya hasil maklumat anak wanita itu mengenai ibunya berusia 40-an yang sering membawa balik teman lelakinya berusia 20-an dan tidur bersama sejak beberapa bulan lalu.
Sumber berkata, pasangan berkenaan sebelum ini bijak menyembunyikan perbuatan terkutuk mereka kerana rumah itu turut dihuni anak perempuan terbabit yang berusia 20 tahun serta dua anak lelaki belasan tahun.
Menurutnya, mungkin meluat dan tidak mahu bersubahat dengan sikap ibunya yang bergelumang dosa, anak perempuan itu sendiri yang membuat laporan supaya ibunya ditahan.
“Ketika serbuan wanita itu membuka pintu rumah dan membenarkan penguat kuasa masuk seolah-olah tidak melakukan sebarang kesalahan. “Dia cuba menipu penguat kuasa dengan memberitahu mendakwa teman lelakinya yang ketika itu sudah berpakaian lengkap adalah saudara terdekat yang menumpang buat sementara sebelum memperoleh pekerjaan tetap,” katanya.
Bagaimanapun, penguat kuasa Jawi yang curiga dengan penjelasan wanita terbabit menyoal anak perempuannya dan ketika itulah rahsia jijiknya terbongkar. “Anak perempuan wanita itu memberitahu sebelum serbuan dilakukan lelaki terbabit tidur di bilik ibunya dan mereka sudah melakukan perbuatan itu sejak beberapa bulan lalu. “Kata gadis itu, dia sudah berbuih mulut menasihati ibunya supaya menghentikan perbuatan terkutuk itu, tetapi tidak dipedulikan, menyebabkan dia nekad membuat laporan kepada kami,” katanya.
Sumber itu berkata, mendengarkan kata-kata anak gadisnya wanita terbabit cuba berdalih dan mendapat simpati dengan memberitahu dia bakal mengahwini teman lelakinya dan lelaki itu juga memberi kenyataan serupa dengan pengakuan mereka merancang berkahwin dalam masa terdekat.
Bagaimanapun, alasan itu gagal mengelakkan mereka ditahan dan ketika disoal siasat wanita terbabit memberitahu dia menjalinkan hubungan intim dengan teman lelakinya selepas berkenalan melalui laman sembang di Internet.
“Wanita itu juga memberitahu sudah bercerai dengan suami, tetapi gagal menunjukkan dokumen perceraian apabila diminta penguat kuasa,” kata sumber itu.
Menurutnya, pasangan terbabit kemudian dibawa ke pejabat Jawi Putrajaya untuk diambil keterangan lanjur sebelum dibebaskan dengan jaminan.
Mereka disiasat mengikut Seksyen 27 (a)(b), Akta Kesalahan Jenayah Syariah 1997 yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda RM3,000, jika didapati bersalah.
Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Rohaizan Ismail, ketika dihubungi mengesahkan penahanan pasangan terbabit dan memberitahu mereka akan didakwa di mahkamah syariah dalam tempoh terdekat.
Posted by Berita Sentral Semasa Terkini at 1:13 PM 0 comments
Labels: ibu simpan anak ikan, ibu tunggal dicekup bersama lelaki muda, Keluarga dan Islam, Keruntuhan Akhlak
Suami main cinta di Facebook
Saturday, December 11, 2010
SUAMI saya mengadakan hubungan terlarang dengan isteri orang di laman sosial Facebook, baru-baru ini. Hubungan mereka sampai ketahap mengadakan hubungan seks.
Wanita berkenaan memuat turun beberapa gambar seksinya untuk tatapan suami saya.
Saya juga dapat mengesan hubungan mereka melalui telefon bimbit.
Sehingga kini saya masih dihantui kandungan e-emel dan gambar perempuan itu. Macam mana saya hendak lupakan semua itu dan mengembalikan kasih sayang suami saya demi anak saya yang masih kecil?
FARHANA
Kuala Lumpur
FACEBOOK adalah salah satu khidmat jaringan sosial dan laman web yang menduduki tempat pertama selepas dilancarkan pada Februari 2004.
Sekarang ini ia sudah mempunyai lebih 500 juta pengguna seluruh dunia yang begitu aktif bertukar-tukar maklumat. Setiap pengguna Facebook akan membentuk profil peribadi sendiri dan pengguna lain sebagai kawan dan seterusnya akan bertukar mesej.
Walaupun laman web ini sangat berguna dalam konteks perhubungan sosial, ia juga mengundang perkara negatif dan penyalahgunaan seperti pembaziran waktu kerja, menggalakkan perhubungan bebas antara lelaki dan perempuan, mendedahkan rahsia peribadi dan rumah tangga kepada umum dan berlaku penipuan.
Ada juga rumah tangga yang hancur akibat hubungan berkenaan. Begitulah antara cabaran dalam dunia siber sekarang.
Hanya keimanan dapat menangkis pengaruh negatif daripada menyerap masuk dalam dada umat Islam.
Hal yang sama berlaku kepada anda suami isteri apabila suami terbabit dalam hubungan dengan isteri orang.
Perbuatannya adalah salah di sisi agama dan undang-undang. Ia tentu sekali mengganggu ketenteraman jiwa seorang isteri dan keharmonian rumah tangga yang dibina.
Jika ia berterusan maka rumah tangga akan terus berantakan dan musnah.
Oleh itu, anda sepatutnya bertindak bijak dengan berbincang dengan suami dan sekiranya perlu, bawa perkara berkenaan ke pengetahuan keluarga masing-masing.
Suami perlu bertaubat kepada Allah kerana melanggar larangan Allah s.w.t sehingga terbabit dalam dosa zina. Sekiranya dia masih berdegil, ambillah 'tindakan' yang lain walaupun ia sangat pahit.
Allah berfirman: "(Lazimnya) perempuan yang jahat adalah untuk lelaki yang jahat, dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan yang baik untuk lelaki yang baik, dan lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik..." (Surah al-Nur ayat 26)
Posted by Berita Sentral Semasa Terkini at 11:23 PM 0 comments
Labels: Islam dan Anda, Keluarga dan Islam, keretakan rumahtangga, Lelaki dan Kehidupan, suami main cinta di facebook, Wanita dan Kehidupan
'Nenek marah lambat solat'
Friday, November 5, 2010
JOHOR BAHRU: Perbezaan agama tidak menjadi halangan buat satu keluarga besar Islam untuk menyempurnakan mayat mendiang nenek mereka yang beragama Buddha di tanah perkuburan Cina Johor Jaya di sini, semalam.
Atas nama kasih sayang dan pertalian kekeluargaan yang kukuh, pengebumian Liang Ho, 95, yang meninggal dunia akibat sakit tua di rumahnya di Jalan Landak Batu, Century Garden di sini, kira-kira jam 3.30 petang kelmarin, diuruskan 16 cucu dan 50 cicitnya yang beragama Islam.
Upacara pengebumian mengikut adat agama Buddha itu turut disaksikan satu-satunya anak perempuan Liang yang masih hidup dan beragama itu, Low Ah Oi, 62. Tiga anak Liang yang lain sudah meninggal dunia, masing-masing seorang perempuan dan dua lelaki memeluk Islam selepas berkahwin dengan pasangan masing-masing berketurunan Melayu manakala suaminya, Low Song meninggal dunia pada 1974.
Menurut cucu sulung mendiang, Hamidah Ahmad, 49, pemergian Liang amat dirasai berikutan hubungan kekeluargaan yang sangat rapat dengan nenek disebabkan sikapnya yang sangat mengambil berat hal keluarga.
“Ketika kecil saya dijaga nenek. Walaupun beragama Islam dan dia Buddha, itu tidak menjadi halangan untuk mencurahkan kasih sayang kepada seorang cucu.
“Nenek seorang yang tegas dan pernah beberapa kali memarahi saya kerana lambat menunaikan solat, menunjukkan dia amat prihatin serta menghormati agama lain.
“Dia sering menghantar saya mengaji al-Quran, jika malas nenek tidak teragak-agak merotan saya,” katanya. Seorang lagi cucunya, Kalsom Ahmad, 43, berkata, neneknya memiliki daya ingatan yang kuat walaupun sudah berusia 90-an dan dia masih boleh mengingati nama cucu-cucunya. “Walaupun tiga daripada empat anaknya memeluk Islam, nenek sangat sayangkan kami malah tidak ada pilih kasih dalam melayan kami.
“Malah, kami semua paling gembira setiap kali menjelang musim perayaan kerana kami menyambut tiga perayaan setiap tahun iaitu Tahun Baru Cina, Aidilfitri dan Aidiladha,” katanya.
Kalsom berkata, nenek juga sering mengingatkan mereka agar bersederhana dalam perbelanjaan harian kerana dia sudah terbiasa dengan kehidupan susah sejak zaman muda.
Sementara cicit pertama mendiang, Marfuaah Mahfuz, 28, berkata, dia dan ahli keluarga lain tidak kekok membantu menguruskan pengebumian moyangnya itu selain turut mengiringi jenazah mendiang hingga ke tanah perkuburan.
Katanya, bukan saja tidak pernah membezakan agama, moyangnya juga melarang mereka daripada menjamah makanan tidak halal hinggakan menu makanan istimewa pada majlis makan besar Tahun Baru Cina turut diubah kepada masakan Melayu.
Moyang yang manja dengan panggilan ‘Mama’ itu juga dianggap istimewa apabila meminati penyanyi Melayu kelahiran negeri ini, Mawi selain gemar menonton drama Melayu dan Indonesia di televisyen (TV) termasuk sinetron Bawang Putih Bawang Merah.
“Oleh kerana tidak mahu terlepas rancangan kegemarannya, Mama sanggup makan malam lebih awal sebelum duduk depan TV.
“Pling menarik, Mama tidak membaca akhbar berbahasa Cina, tetapi memilih Harian Metro sebagai bacaan kegemarannya.
“Saya sentiasa ingat pesan Mama yang tidak suka perbuatan kurang ajar apa lagi menderhaka kepada orang tua atau membuli ahli keluarga,” katanya.
Posted by Berita Sentral Semasa Terkini at 7:02 PM 0 comments
Labels: keluarga 1 malaysia, Keluarga dan Islam, nenek marah lambat solat
Kakitangan JPN disyaki subahat jual bayi
Tuesday, November 2, 2010
Keluar sijil kelahiran asli tanpa perlu prosedur ketat
KUALA LUMPUR: Kakitangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) disyaki bersubahat dengan sindiket penjualan bayi bagi memudahkan urusan pendaftaran bayi dan pengeluaran sijil kelahiran asli tanpa prosedur yang ketat.
Menurut sumber, selepas transaksi jual beli, pembeli dibawa oleh anggota sindiket atau kakitangan hospital ke pejabat JPN, manakala ‘kaki’ mereka di kalangan kakitangan jabatan sudah sedia menunggu untuk mendaftar dan pengeluaran sijil kelahiran lengkap dengan nama bayi menggunakan bin atau binti bagi pasangan Islam dan bapa serta ibu bagi yang bukan Islam.
Katanya, sejurus tiba di JPN, pembeli hanya perlu mengambil nombor giliran dan duduk di tempat menunggu sehingga dipanggil pegawai di jabatan pendaftaran.
“Dokumen yang perlu diserahkan ialah borang pendaftaran yang ditandatangani doktor hospital tempat bersalin, surat nikah asal dan salinannya, kad pengenalan serta rekod sejarah perubatan membuktikan ibu pernah menjalani rawatan di mana-mana hospital yang berkenaan. Tiada soalan rumit ditanya atau kadang-kadang tiada langsung soalan ditanya,” katanya.
Selepas dokumen diteliti dan butiran kelahiran yang dicatat adalah betul, pembeli diminta menurunkan tandatangan sebagai pengesahan semua butiran adalah betul.
“Borang itu kemudian diserahkan kepada penyelia. Kira-kira 15 minit kemudian, pembeli akan dipanggil dan sekali lagi diminta meneliti butiran dicatatkan pada sijil kelahiran adalah tepat dan tandatangan diturunkan sekali lagi untuk melengkapkan pengeluaran sijil kelahiran,” katanya.
Sumber itu berkata, berdasarkan modus operandi yang dipercayai turut membabitkan kakitangan JPN, tidak sukar mendapatkan ‘bayi segera’ yang lengkap dengan sijil kelahiran lengkap dengan bin, binti atau nama pembeli sebagai bapa yang ‘sah’
INFO: Kes jualan bayi dibongkar
# 12 Julai 2010: Polis Sarawak menyelamatkan bayi perempuan berusia 23 hari yang cuba dijual wanita warga Indonesia pada harga RM10,000 kepada anggota polis yang menyamar pasangan suami isteri di Kuching dan membawa penangkapan pasangan ahli perniagaan terkemuka bergelar Datuk dan Datin dipercayai dalang sindiket.
# 2 Mei 2010: Seorang wanita ditahan dalam serbuan di pasar raya di Kepong, dekat ibu negara selepas cuba menjual bayi masih dalam kandungan warga Indonesia yang didakwa adik angkatnya.
# 15 Disember 2009: Tiga beranak dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Klang atas tiga tuduhan memperdagang tiga bayi perempuan berumur sehari dilahirkan tiga warga asing di hospital swasta di Jalan Klang Lama.
# 11 Disember 2009: Polis menyelamatkan lima bayi berusia dua minggu hingga sembilan bulan dan seorang kanak-kanak berumur tiga tahun sebelum dijual sindiket pada harga antara RM15,000 hingga RM20,000 serta menahan 13 individu dalam serbuan di Klang dan Banting.
# 13 November 2008: Jabatan Imigresen menahan sembilan pendatang tanpa izin Indonesia di dua rumah di Pasir Gudang dipercayai terbabit menjual bayi, selain menemui dua bayi tiada ibu bapa, beberapa salinan MyKad, dokumen kelahiran klinik swasta dan borang daftar anak angkat.
# 14 Januari 2005: Polis menahan dua wanita dan pemandu teksi di pasar Gombak, Jalan Setapak ketika cuba menjual seorang bayi berusia 25 hari.
Posted by Berita Sentral Semasa Terkini at 11:11 AM 0 comments
Labels: Isu Semasa, kakitangan jpn terbabit pemerdagangan orang, Keluarga dan Islam, pemerdagangan bayi tumpas, sindiket pemerdagangan orang
Cekup remaja cuba perkosa anak jiran
Friday, October 8, 2010
PETALING JAYA: Seorang lelaki yang tidak dapat menahan hajat mahu membuang air kecil di sebuah rumah kosong tergamam apabila secara tidak sengaja melihat aksi tidak senonoh seorang remaja belasan tahun yang cuba memperkosa kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun.
Lebih mengejutkan apabila remaja berusia 18 tahun terbabit dilihat sudah membogelkan kanak-kanak terbabit dipercayai diperdaya sebelum dibawa ke rumah kosong terbabit.
Sumber polis berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 7 malam kelmarin apabila suspek, seorang remaja tempatan membawa mangsa ke sebuah unit kosong di pangsapuri di Kota Damansara di sini.
Difahamkan, suspek yang juga jiran kanak-kanak berkenaan sengaja memperdaya mangsa sebelum diajak naik ke unit pangsapuri yang belum dihuni.
“Sebaik masuk ke dalam unit pangsapuri itu, mangsa dipercayai mengunci pintu sebelum cuba membuka pakaian kanak-kanak perempuan berkenaan.
“Bagaimanapun, seorang pemuda kebetulan ke kawasan perumahan terbabit untuk membuang air kecil sebelum cuba masuk ke dalam unit kediaman kosong berkenaan,” katanya.
Menurutnya, pemuda terbabit berusaha membuka pintu kediaman yang dikunci. “Sebaik pintu terbabit dibuka, lelaki berkenaan terkejut mendapati seorang remaja cuba melepaskan nafsunya ke atas seorang kanak-kanak perempuan. Lelaki terbabit segera menangkap suspek sebelum diserahkan kepada polis.
“Tindakan pantas lelaki berkenaan menghalang suspek memperkosa mangsa yang juga anak jiran berhampiran rumahnya. Difahamkan suspek tidak bersekolah lagi dan gemar merayau di kawasan perumahan berkenaan,” katanya.
Suspek kini ditahan reman dan disiasat mengikut Seksyen 354 kerana menyerang atau menggunakan kekerasan jenayah kepada seseorang dengan niat hendak mencabul kehormatan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed yang dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata pihaknya akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap suspek.
Dalam satu lagi kejadian, seorang gadis yang juga pembantu kedai nyaris diperkosa seorang lelaki ketika mangsa sedang tidur di dalam bilik di sebuah rumah di Tasik Ampang, Ampang di sini. Timbalan Ketua Polis Ampang Jaya, Superintendan Amiruddin Jamaluddin berkata, mangsa tersedar dari tidur selepas mendapati tubuhnya ditindih menjerit menyebabkan penjenayah panik dan melarikan diri.
Menurutnya, polis mengesyaki suspek cuba memperkosa mangsa selepas mendapati gadis itu bersendirian di rumah itu kira-kira jam 3 petang kelmarin.
Beliau berkata, suspek ditahan di kawasan berhampiran, petang hari sama.
Menurutnya, siasatan mendapati lelaki berusia 21 tahun itu kenalan kepada seorang wanita yang menyewa sebuah bilik lain di rumah berkenaan.
Posted by Berita Sentral Semasa Terkini at 7:37 AM 0 comments
Labels: Keluarga dan Islam, Keruntuhan Akhlak, remaja cuba perkosa anak jiran, remaja perkosa budak 7 tahun
Balik ‘disambut’ kekasih suami
Thursday, September 30, 2010
KUALA LUMPUR: Kepulangan seorang isteri ke rumahnya di ibu kota selepas berhari raya di kampung disambut dengan kejutan besar apabila terserempak seorang wanita tidak dikenali di dalam kediaman itu, manakala suaminya tiada di rumah.
Apabila mengetahui wanita itu kekasih suaminya, berlaku pertengkaran sebelum isteri malang itu ditikam dengan pisau lipat menyebabkan dia cedera pada lengan kanan selain lebam di muka dan tubuh akibat diserang.Menurut sumber polis, kejadian berlaku kira-kira jam 5 petang Selasa lalu di rumah mangsa yang berusia 28 tahun di Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru, di sini.
“Sebelum itu, kekasih suami wanita berkenaan cuba berhelah dengan memberi alasan dia kenalan adik ipar mangsa. Namun, mangsa tidak puas hati dengan jawapan itu kerana menemui pakaian dan seluar dalam wanita terbabit dalam bilik tidurnya.
“Berikutan itu berlaku pertengkaran sehingga wanita berusia 34 tahun terbabit bertindak ganas dengan mengeluarkan pisau lipat dan mengelar lengan kanan tangan mangsa sehingga berlumuran darah sebelum lari meninggalkan rumah berkenaan,” katanya.
Menurutnya, lebih malang suami mangsa langsung tidak menunjukkan tanda simpati kepada isterinya, sebaliknya menghubungi mangsa pada jam 8 malam dan mengugut mahu membunuhnya.
Sumber itu berkata, mangsa mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) sebelum membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, di sini.
“Berdasarkan laporan mangsa, wanita yang menyerangnya mula mengenali suaminya sejak Mac lalu sebelum mereka menjalin hubungan intim. Wanita terbabit berjumpa suami mangsa di KL Sentral pada 9 September lalu sebelum dibawa pulang ke rumah mangsa.
“Ketika itu mangsa tiada di rumah kerana pulang berhari raya di kampung di utara tanah air,” katanya.
Menurutnya, bertindak atas laporan mangsa, polis menjalankan siasatan sebelum menahan suami wanita berkenaan serta teman wanitanya secara berasingan di ibu negara, Rabu lalu.
“Polis menyiasat kes itu mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan,” katanya.
Posted by Berita Sentral Semasa Terkini at 5:10 PM 0 comments
Labels: disambut kekasih suami, Keluarga dan Islam, Keruntuhan Akhlak
Wanita nafi bersuami dua
Wednesday, September 29, 2010
SHAH ALAM: “Saya tidak pernah bersuami dua seperti didakwa ibu, malah perkahwinan bersama suami baru dilakukan mengikut proses undang-undang sah dan didaftarkan di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi),” kata Shazlinda Che Ali, 35, menafikan dakwaan ibunya, Muliani Mahmud, 54.
Menurutnya, dia yang bernikah dengan suami baru di Masjid Kampung Pandan, Kuala lumpur Februari lalu sehingga kini masih sah suami isteri dan tidak pernah bercerai seperti didakwa ibunya.
Katanya, ibunya membuat pelbagai dakwaan kerana keengganannya menyerahkan semula anak perempuannya berusia lima tahun yang sebelum ini dipelihara Muliani.
“Perkahwinan dengan suami terdahulu dilakukan di Thailand kerana saya adalah isteri kedua, bagaimanapun selepas tiga tahun saya memohon fasakh apabila suami menghilangkan diri dan gagal memberi sebarang nafkah. Malah surat pengesahan fasakh saya juga sehingga kini disimpan ibu.
“Saya hairan mengapa ibu sanggup memalukan saya dengan dakwaan dan fitnah seperti itu, malah ibu sendiri hadir sewaktu pernikahan saya bersama suami baru,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Kelmarin, Harian Metro melaporkan Muliani keliru dengan tindakan Shazlinda yang didakwanya berkahwin lain dengan seorang kakitangan kerajaan di sini, walaupun masih belum bercerai dengan suami pertama dikenali sebagai Hassim, 48.
Muliani berkata, keliru dan bingung dengan tindakan anaknya, menyebabkan dia enggan menghadiri majlis perkahwinan mereka.
Malah, dia turut mendakwa perkahwinan Shazlinda hanya bertahan selama tiga bulan sebelum diceraikan dengan talak tiga, bagaimanapun anaknya itu masih tinggal bersama bekas suami yang dikatakan sering mendera cucunya.
Shazlinda berkata, itu bukan dakwaan tidak berasas pertama dibuat ke atasnya, malah sebelum ini, ibunya membuat aduan di Agensi Anti Dadah Kebangsaan menyatakan dia dan suami terbabit dengan dadah. Malah, gagal dengan taktik itu, ibunya sekali lagi membuat aduan di Talian Nur kononnya anaknya didera.
“Semua itu adalah fitnah, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ada datang ke rumah untuk memeriksa dan mendapati anak saya dalam keadaan baik, ujian saringan air kencing juga kami negatif. Ibu melakukan semua ini semata-mata mahu memastikan dia mendapat kembali anak saya.
“Cukuplah dua anak saya hasil perkahwinan sebelum ini dipelihara ibu. Berilah saya peluang memelihara anak bongsu saya ini kerana sebagai ibu saya mempunyai naluri dan keinginan mendidik sendiri anak yang dilahirkan,” katanya.
Menurutnya, dia sama sekali tidak menyangka ibunya sanggup membuat dakwaan menjatuhkan maruah mereka suami isteri walaupun sebelum ini Muliani pernah mengugut melalui SMS supaya dia mengembalikan semula anaknya, sekiranya gagal ibunya akan memujuk bekas suami menyatakan perceraian mereka tidak sah.
Posted by Berita Sentral Semasa Terkini at 6:12 PM 0 comments
Labels: Keluarga dan Islam, Wanita dan Kehidupan, wanita nafi bersuami dua
Artis dicekup di rumah janda
Sunday, September 26, 2010
PUTRAJAYA: Seorang penyanyi dan pelakon terkenal era 1980-an dan awal 1990-an memberi alasan datang berhari raya ketika dicekup kerana disyaki berkhalwat di rumah janda dipercayai kekasihnya di kuarters kerajaan di Presint 15, di sini, kelmarin.
Artis berusia dalam lingkungan awal 50-an itu ditahan sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) yang menyerbu premis itu pada kira-kira jam jam 11.45 malam.Menurut sumber, artis terbabit dipercayai sudah beberapa kali mengunjungi kekasihnya yang menginap di tingkat dua kuarters 15 tingkat itu sebelum penguat kuasa Jawi menyerbu premis itu.
Sebelum itu, penguat kuasa Jawi mendapat maklumat awam berkaitan kehadiran artis itu di rumah janda beranak dua berusia lingkungan 30-an yang juga kakitangan kerajaan di sebuah kementerian, di sini, yang dikatakan berdua-duaan di dalam rumah itu, sejak jam 10.40 malam.
Sumber itu berkata, lima penguat kuasa Jawi membuat pemeriksaan dan terpaksa menunggu kira-kira 30 minit sebelum dibuka artis terbabit dan ketika itu pasangannya berpakaian kemas seolah-olah tidak ada apa-apa berlaku.
“Seperti biasa, penguat kuasa Jawi kemudian memasuki rumah dan melakukan pemeriksaan sebelum mendapati seorang wanita yang juga berpakaian lengkap duduk di kerusi di satu sudut di dalam rumah itu.
“Artis terbabit yang dipercayai panik cuba melepaskan diri, cuba merayu bagi mengelak dikenakan tindakan dan secara jujur mengaku bukan mahram, tetapi tidak melakukan maksiat di rumah itu,” katanya.
Sumber berkata, alasan tidak bijak artis terbabit tidak dipedulikan penguat kuasa Jawi yang kemudian mengingatkannya perbuatan berduaan dengan wanita bukan mahram adalah perbuatan maksiat dan boleh menjurus kepada perbuatan tidak bermoral termasuk zina.
Katanya, walaupun artis terbabit memberikan pelbagai alasan termasuk kononnya mahu menghantar barang kepada kekasihnya itu, tetapi alasan itu ditolak mentah-mentah penguat kuasa.
“Selepas rayuan tidak dipedulikan, artis terbabit dan pasangannya yang sudah beberapa bulan menjanda kemudian akur sebelum dibawa ke Pejabat Jawi cawangan Putrajaya untuk disoal siasat,” katanya.
Menurut sumber itu, pasangan terbabit kemudian dibebaskan dengan jaminan selepas siasatan selesai dilakukan dan bakal dihadapkan ke Mahkamah Syariah Putrajaya dalam tempoh terdekat.
Mereka akan didakwa mengikut Seksyen, 27, Akta Kesalahan Jenayah Syariah 1997 kerana melakukan khalwat dan jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM3,000 atau dua penjara tahun atau kedua-duanya sekali.
Posted by Berita Sentral Semasa Terkini at 6:05 PM 0 comments
Labels: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Keluarga dan Islam, Keruntuhan Akhlak, kes khalwat artis malaysia, pelakon ditangkap khalwat
Leher dikelar geng Mat Rempit
SHAH ALAM: Tidak ubah seperti binatang apabila sekumpulan kira-kira 10 Mat Rempit cuba merompak dan menyerang seorang penuntut sebuah institut pengajian tinggi awam sebelum mengelar leher mangsa hingga berlumuran darah.
Dalam kejadian jam 2.30 pagi kelmarin di Lebuhraya Persekutuan menghala ke Klang, kumpulan Mat Rempit berkenaan yang bersenjatakan pisau mencederakan pelajar berkenaan yang cuba menyelamatkan dompet dan telefon bimbitnya daripada dirompak.Difahamkan, mangsa yang cedera parah dan berlumuran darah terpaksa lari ke tengah lebuh raya bagi menyelamatkan diri dan meminta bantuan beberapa pemandu kenderaan selepas dikejar kumpulan Mat Rempit terbabit.
Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Faris, 21, berkata kejadian berlaku berhampiran sebuah stesen minyak sebelum susur keluar ke Padang Jawa. Dia dan seorang rakan yang membonceng motosikalnya dalam perjalanan pulang ke rumah di kawasan berdekatan.
Menurutnya, dia tidak menggunakan laluan motosikal lebuh raya berkenaan kerana hari sudah pagi dan bimbang disamun kerana jalan agak sunyi. Namun, malang tidak berbau apabila sekumpulan Mat Rempit menaiki tujuh motosikal mengekorinya daripada belakang.
“Sebaik saja kumpulan terbabit mendekati, mereka tiba-tiba mengepung motosikal saya dan mengarahkan berhenti, namun saya yang bimbang sesuatu buruk berlaku cuba memecut.
“Tindakan saya itu menyebabkan kumpulan remaja terbabit tambah berang sebelum menendang motosikal saya hingga jatuh,” katanya.
Faris berkata, sebaik jatuh, kumpulan berkenaan terus menerpa dan membelasah dia serta rakannya untuk merampas dompet dan telefon bimbit.
“Mereka bertindak ganas, saya disepak dan ditumbuk manakala rakan pula ditampar. Kunci motosikal juga dirampas mungkin untuk melarikannya, saya cuba mempertahankan diri dan semasa bergelut saya tidak sedar leher sudah dikelar seorang daripada lelaki berkenaan.
“Saya yang berlumuran darah bertindak menyelamatkan diri dengan berlari ke tengah lebuh raya dan cuba menahan beberapa kereta untuk bantuan,” katanya.
Menurutnya lagi, dia bernasib baik apabila ada kereta berhenti dan sudi membantu.
Katanya, pemandu kereta itu menghantar dia dan rakan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang untuk rawatan.
“Luka akibat dikelar itu agak parah dan leher terpaksa dijahit dengan lapan jahitan, manakala rakan tidak mengalami kecederaan.
“Selepas selesai mendapat rawatan dan dibenarkan pulang saya terus membuat laporan di Balai Polis Seksyen 11, Shah Alam,” katanya.
Tambah Faris lagi, dia tidak dapat ke kuliah tiga hari selepas insiden itu dan terpaksa menjalani rawatan susulan serta trauma melalui lebuh raya berkenaan.
Posted by Berita Sentral Semasa Terkini at 5:55 PM 0 comments
Labels: dikelar mat rempit, Isu Semasa, keganasan mat rempit, Keluarga dan Islam, Keruntuhan Akhlak, mat rempit jalanan mengganas
Kes bunuh Syafiyah Humaira: Saya tetap sayang dia
Wednesday, September 22, 2010
SHAH ALAM: Pemandu teksi, Mohd Fazli Azri Jamil dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini, semalam selepas didapati bersalah membunuh Syafiah Humaira Sahari, 4, Februari lalu, namun ibu kanak-kanak itu, Siti Nurhanim Aziz, 25, berkata dia tetap sayangkan Mohd Fazli Azri, yang juga teman lelakinya.
Sebelum itu, hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki membuat keputusan itu terhadap Mohd Fazli yang menyambut hari ulang tahun kelahirannya ke-28 semalam selepas mendapati pihak pembelaan gagal membuktikan keraguan munasabah terhadap pertuduhan.
Mendengar keputusan itu, ibu Mohd Fazli, Nur Haziah Yusof, 52, yang tidak dapat menahan emosi terus meraung dan berulang kali berkata: “Abang tak salah, biar mama yang mati” sebelum wanita itu pengsan dua kali di galeri awam.
Nenek Mohd Fazli yang dikenali sebagai Siti pula kelihatan tenang dengan keputusan itu berkata, keluarganya akan mengemukakan rayuan.
“Berpantang maut sebelum ajal,” katanya.
Mohd Fazli dituduh membunuh Syafiah Humaira di padang bola sepak Jalan Utama, Kawasan Rumah Murah Batu 30, dekat Batang Kali, jam 6.30 petang, 25 Februari lalu.
Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
Selain Idham Abd Ghani, pendakwaan diwakili dua lagi Timbalan Pendakwa Raya, Hanim Mohd Rashid dan Zureen Elina Mohd Dom manakala tertuduh diwakili peguam bela, Gurbachan Singh.
Terdahulu, Mohtarudin dalam alasan penghakimannya berkata mahkamah tidak dapat menerima keterangan tertuduh ketika membela diri bahawa kecederaan kanak-kanak itu disebabkan jatuh motosikal dan terhantuk di dinding tandas.
Katanya, ia sama sekali bercanggah dengan keterangan dua ahli perubatan yang merawat dan melakukan bedah siasat terhadap kanak-kanak itu.
Selain itu, katanya, kisah jatuh motosikal itu sama seperti cerita tertuduh bahawa mangsa muntah selepas makan ubat yang dibeli di kedai jamu tidak pernah diberitahu kepada sesiapa.
Menyentuh mengenai keterangan tertuduh ‘lalok’ di padang bola, Mohtarudin berkata ia bercanggah dengan keterangan saksi yang menunjukkan Mohd Fazli adalah waras pada masa kejadian.
Katanya, ini dikuatkan lagi apabila melihat fakta bahawa tertuduh boleh memandu teksinya untuk ke padang berkenaan.
“Keterangan ibu mangsa bahawa tertuduh berada dalam keadaan mabuk sepatutnya disoal balas pada peringkat pendakwaan,” katanya.
Menurutnya, undang-undang dengan jelas menyatakan bahawa mabuk akibat perbuatan sendiri tidak boleh diterima dalam pembelaan kes jenayah.
Mohtarudin berkata, mahkamah juga menolak hujah pembelaan bahawa tertuduh tidak berniat mencederakan mangsa berdasarkan apa yang sudah dilakukannya terhadap kanak-kanak malang itu.
“Perbuatan menutup pintu teksi sehingga terkena kepala mangsa, memijak perut dengan but bola dan menyepak kanak-kanak itu tidak dapat diterima sebagai tidak berniat,” katanya.
Sepanjang perbicaraan bermula sejak 7 Jun lalu, pihak pendakwaan memanggil 33 saksi, manakala tiga saksi pembelaan tampil memberikan keterangan.
Posted by Berita Sentral Semasa Terkini at 6:01 PM 0 comments
Labels: Isu Semasa, Keluarga dan Islam, kes bunuh syafiyah humairah, pemandu teksi bunuh budak
Fikirkan sejenak
Kalau kita malas nak zikir, Malas lagi kita nak solat.
(Mestilah, dah zikir pun malas, apatah lagi nak sembahyang!)
Kalau kita susah nak hormat ibu ayah, Susah lagi untuk kita nak hormat Allah.
(Tak percaya? Cuba fikir, mak ayah pun kita tak reti hormat, macam mana nak hormat Allah, Tuhan Pencipta Alam ini?)
Kalau kita malas berpuasa, Malas lagi kita nak pergi berperang untuk Islam.
(Betullah! Kenapa? Sebab puasa sehari pun kita sudah tak tahan, macam mana nak berperang yang amat memerlukan kekuatan dalaman?)
Kalau kita susah dan lambat melunaskan hutang kita sesama manusia, Untuk apa kita berhutang dengan Allah.
(Contohnya tinggal solat, puasa, zakat dan macam-macam lagilah! Tak ke namanya hutang dengan Allah itu?)
Kalau kita tak mahu memaafkan orang lain, Allah lagi tak ingin nak ampunkan kita!
(Ampunkanlah sahabatmu, sedangkan nabi sendiri ampunkan ummatnya yang beribu!)
Kalau kita jauhkan diri kita satu langkah dari Allah, Allah meninggalkan kita seribu langkah jauhnya.
(Fikirlah sendiri!)
Kalau kita membenci Islam, Cuba fikir balik, Macam mana kalau Allah benci kita, meluat dengan kita?
(Fikir dahulu sebelum buat!)
Credit: http://www.iluvislam.com
Posted by Berita Sentral Semasa Terkini at 5:00 PM 0 comments
Labels: Islam dan Anda, Keluarga dan Islam
Ugut perkosa kakak
Saturday, August 21, 2010
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki bagai dirasuk syaitan apabila cuba membakar ibu, ayah dan kakaknya dengan menyimbah petrol kepada mereka bertiga selepas permintaannya untuk mendapat wang RM100 tidak dipenuhi.
Tidak cukup dengan itu, anak durjana berusia lewat 20-an terbabit turut mengugut akan merogol kakaknya yang berusia 30 tahun di hadapan ibu bapanya jika mereka masih enggan memenuhi permintaannya.
Sumber polis berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 11 pagi kelmarin di sebuah rumah di Segambut di sini, sejurus lelaki itu pulang ke rumah dan mengamuk secara tiba-tiba.
“Dia (suspek) mula memecahkan barangan di dalam rumah menyebabkan ibu dan bapanya memarahinya. Namun, lelaki itu ketawa apabila dimarahi sebelum meminta RM100 daripada ibunya.
“Apabila ibunya memberitahu tiada wang sebanyak itu untuk diberikan kepadanya, dia menjadi semakin ganas. Seperti orang hilang akal dia mengugut untuk membunuh ahli keluarganya iaitu ibu dan ayahnya, serta kakaknya berusia 30 tahun,” katanya.
Menurutnya, lelaki dipercayai penagih dadah itu keluar rumah seketika sebelum kembali dengan membawa petrol yang disimbah ke tubuh ibu, ayah dan kakaknya sebelum mengugut membakar mereka hidup-hidup.
Katanya, kakak suspek cuba untuk menenangkannya, namun dia turut menjadi mangsa apabila lelaki itu mengugut untuk merogol kakaknya di hadapan kedua-dua orang tuanya.
Sumber itu berkata, suspek bertambah berang apabila bapanya berusia lewat 50-an tetap berkeras untuk tidak memberikan wang kepadanya. Dia bertindak lebih agresif dengan mencekik bapanya sambil menjerit untuk membunuhnya.
“Bimbangkan keselamatan suaminya, si ibu yang berusia awal 50-an menyerahkan sejumlah wang kepada anak lelakinya itu, tapi ia belum dapat menenangkan kemarahan suspek kerana jumlahnya tidak seperti dia inginkan.
“Bagaimanapun, selepas dirayu ibunya berulang kali, kemarahannya mula reda. Namun, dia tetap mengasari ibunya dengan menolak wanita itu sehingga terjatuh sebelum melarikan barang kemas dipakainya yang dianggarkan bernilai lebih RM1,000 lalu melarikan diri,” katanya.
Sehubungan itu, ibu suspek membuat laporan di Balai Polis Sentul, di sini dan siasatan awal polis mendapati suspek memiliki rekod jenayah bersabit beberapa kes samun dan dia juga masih berada dalam jaminan polis.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan memberitahu usaha memburu suspek dilakukan.
Posted by Berita Sentral Semasa Terkini at 1:41 AM 0 comments
Labels: Anak Derhaka, Isu Semasa, Keluarga dan Islam, Keruntuhan Akhlak, Penagih Dadah
Sekitar Kes Penceraian Roslin Hashim dan Nurhayati Othman
Monday, August 16, 2010
AMPANG: “Saya hanya bercakap perkara benar dan biar semuanya diputuskan di Mahkamah Syariah kelak. Kebenarannya dan semua fakta akan hanya didedahkan di mahkamah nanti.”
Demikian kata isteri pemain badminton negara, Nurhayati Othman, 38, berhubung tuduhan penerbit filem, Raja Azmi Raja Sulaiman membuat laporan polis dengan mendakwa dia memberi maklumat tidak benar di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Rabu lalu.
Nurhayati berkata, dia sanggup bersumpah dengan nama Allah tiada satu pun fakta yang dikeluarkan sengaja ditokok tambah atau dikurangkan.
Menurutnya, kenyataannya bukan cerita palsu atau rekaan berikutan ia pengakuan bersumpah atas nama Tuhan di hadapan Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Mohamad.
“Saya tidak menjangka dan terkejut dengan tindakan Raja Azmi membuat laporan di Balai Polis Ampang Khamis lalu mendakwa saya menipu dan memberi maklumat tidak benar di mahkamah.
“Tindakannya itu sendiri (Raja Azmi) seolah-olah menghina mahkamah apatah lagi dengan pelbagai komen dari sebelah pihak yang kerap keluar di media (bukan kumpulan akhbar NSTP) sebelum perbicaraan kes itu berlangsung di mahkamah 1 September depan,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Nurhayati turut membuat laporan sama di Balai Polis Ampang pada jam 1.15 tengah hari, Jumaat lalu.
Dia yang juga Pengarah Pemasaran, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) terpanggil untuk berbuat demikian selepas membaca beberapa laporan artikel di akhbar tempatan.
Dalam laporannya, Nurhayati mendakwa tidak pernah menghantar sebarang SMS berbaur ugutan kepada Raja Azmi selain SMS terakhir dikirim pada jam 7.23 malam, 6 Ogos lalu, dengan niat untuk bertanya khabar Raja Azmi.
Bagaimanapun, kiriman SMS dihantar Nurhayati langsung tidak dibalas Raja Azmi sebelum insiden produser filem terbabit ditemui bersama suaminya, Roslin Hashim, 35, di bilik Hotel Corus, Jalan Ampang sehari selepas SMS itu dihantar.
“Laporan polis yang saya buat bertujuan menafikan saya berniat memfitnah Raja Azmi. Biar mahkamah memutuskannya kelak dan segala bukti akan hanya diketengahkan di hadapan hakim.
“Saya ingin nama saya dibersihkan berikutan ia mencemar reputasi dan nama baik saya apatah lagi saya bertugas sebagai penjawat awam. Jika ada yang ingin diperkatakan, biar ia didedahkan di mahkamah dan bukan hanya serangan melalui media,” katanya.
Menurutnya, walaupun sedikit kecewa, namun dia cuba untuk bangkit dan berfikiran positif dalam mengharungi dugaan berat berkenaan.
Nurhayati dalam kenyataan di mahkamah sebelum ini berkata, perceraian mereka berlaku selepas dia mendapati suaminya bersama penerbit filem, Raja Azmi Raja Sulaiman di sebuah bilik hotel di Jalan Ampang di sini, pada 7 Ogos lalu.
Dia mendakwa mendapat tahu Roslin dan Raja Azmi ke Hotel Corus dan mendaftar masuk di bilik 533 di atas nama Raja Azmi. Dia bersama ibu dan dua adiknya ke tingkat lima hotel itu dan menunggu suami Raja Azmi, Jalani Sidek untuk bersama-sama ke bilik 533 di tingkat tiga hotel itu.
Namun, katanya Jailani seolah-olah cuba melengahkan mereka ke bilik itu kerana dia sudah menelefon Roslin dan mengarahkannya keluar dari bilik itu. Dia mungkin bimbang mereka ditangkap Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) kerana berdua-duaan.
Difahamkan berlaku perdebatan antara Roslin dan Nurhayati sebelum lafaz cerai dijatuhkan Roslin terhadap isterinya yang baru dikahwini tidak sampai sebulan.
Posted by Berita Sentral Semasa Terkini at 12:10 PM 0 comments
Labels: Keluarga dan Islam, penceraian pengarah pemasaran finas, penceraian roslin hashim, Perkahwinan, perkahwinan roslin hashim dan nurhayati othman
Sahur berdarah
Sunday, August 15, 2010
TELUK INTAN: “Bang mengucap banyak-banyak... kenapa naik angin tiba-tiba ni? Tak elok bulan Ramadan buat perangai macam ni, malu kat jiran. Tolong jangan apa-apakan saya dan anak-anak, ingat Tuhan.”
Insiden yang turut menyebabkan dua anak perempuan mangsa cedera dengan seorang daripadanya parah, termasuk putus dua jari tangan kanannya, berakhir tragis kira-kira jam 8.30 pagi apabila polis menembak mati suspek yang cuba menyerang mereka menggunakan parang dan pisau.
Jiran sebelah rumah mangsa yang hanya mahu dikenali Tamarai, 30-an, berkata dia terjaga kira-kira jam 3 pagi apabila mendengar bunyi bising dipercayai pertengkaran mangsa dengan suspek.
“Pada mulanya saya tidak begitu terkejut kerana pasangan suami isteri itu memang kerap bertengkar dan mengamuk secara tiba-tiba.
“Tetapi pertengkaran pagi tadi (semalam) agak menakutkan kerana Bariah beberapa kali menjerit supaya dia dan dua anaknya tidak diapa-apakan oleh suspek.
“Saya percaya ketika itu suspek mungkin sedang menghayunkan parang atau pisau ke arah mereka.
“Sejurus kemudian, suasana menjadi senyap seketika tetapi disusuli pertengkaran kecil. Saya kemudian menyambung tidur kerana beranggapan ia sudah berakhir,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam.
Menurut Tamarai, tidurnya sekali lagi terganggu apabila dikejutkan dengan bunyi jeritan nyaring disusuli suara dua anak mangsa meminta tolong kira-kira jam 5.15 pagi.
“Ketika itulah saya berasa tidak sedap hati kerana suspek memang berperangai menakutkan setiap kali ‘anginnya’ tidak baik dan mahu mengamuk iaitu mengasah parangnya sehingga berjam-jam. “Saya tidak sangka dia menggunakan parang itu untuk membunuh isterinya dan mencederakan dua anak perempuannya.
“Bagaimanapun, saya hanya mengetahui mengenai perkara itu selepas polis tiba kira-kira jam 8.30 pagi kerana tidak berani keluar rumah. “Saya dimaklumkan jiran suspek menetak mangsa hingga mati dan turut menyerang dua anaknya. Saya begitu terkejut kerana tidak menduga suspek sanggup bertindak sedemikian.
“Saya sedih kerana mangsa seorang yang peramah dan sentiasa tersenyum setiap kali bertemu saya serta jiran lain walaupun keluarganya bermasalah disebabkan sikap panas baran suaminya,” katanya sedih.
Sementara seorang lagi jiran mangsa yang turut bekerja bersamanya di sebuah kilang plastik di Chui Chak, dekat sini, Ramlah Mohammad, berkata arwah ada mengadu kepadanya mengenai sikap melampau suaminya yang semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini.
“Saya memang mengetahui mengenai masalah rumahtangga arwah disebabkan suaminya yang mempunyai masalah mental dan dia juga selalu mengadu kepada saya,” katanya. “Tetapi dua hari lalu, saya terkejut lihat arwah bermuka pucat seperti orang ketakutan. Dia memberitahu saya penyakit mental suaminya semakin teruk apabila dia selalu kacau, buat bising dan memukulnya serta dua anak mereka.
“Saya menasihatkan arwah supaya membuat laporan polis jika keadaan tidak terkawal. Saya kesal arwah tidak sempat berbuat demikan.
“Suami ada memberitahu saya kira-kira jam 4 pagi tadi (semalam), arwah ada datang ke rumah kami yang terletak tidak jauh dari rumahnya. Arwah mencari saya tapi suami beritahu saya tidur menyebabkan dia pulang semula ke rumahnya.
“Saya tak sangka tidak lama kemudian, arwah mati ditetak suaminya. Saya terkilan kerana arwah mungkin mencari saya untuk meminta pertolongan,” katanya yang menitiskan air mata.
Sementara itu, tinjauan Metro Ahad di sekitar rumah mangsa dan bilik mayat Hospital Teluk Intan mendapati suasana lengang dengan kelihatan beberapa ahli keluarga mangsa dan suspek.
Bagaimanapun, usaha wartawan Metro Ahad menemubual keluarga mangsa gagal selepas dihalang secara baik daripada berbuat demikian oleh seorang saudara mangsa yang hanya mahu memberi komen seluruh ahli keluarganya, trauma dan masih terkejut dengan kejadian tragis itu.
Posted by Berita Sentral Semasa Terkini at 10:55 AM 0 comments
Labels: Isu Semasa, Keluarga dan Islam
Pasangan buang bayi ditahan
Pasangan kekasih mengaku bersalah buang bayi perempuan di MelakaMELAKA: Sepasang kekasih mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas tuduhan membuang bayi perempuan yang baru dilahirkan di luar kilang tempat mereka bekerja di Ayer Keroh, dekat sini, Rabu lalu.
Tertuduh, Mohd Zolhalmi Khamis, 18, dan pasangannya seorang juvana berusia 17 tahun 10 bulan mengangguk sebagai tanda faham ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohd Fairuz Johari.
Mengikut pertuduhan, pasangan kekasih yang berasal dari Felda Jelai 2, Gemas, Negeri Sembilan itu membuang bayi perempuan mereka di kawasan kilang Daibochi, Ayer Keroh, kira-kira jam 1 pagi, 11 Ogos. Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Berita Harian sebelum ini melaporkan satu pasangan kekasih disyaki membuang bayi perempuan baru dilahirkan ke dalam tong sampah di luar kilang tempat mereka bekerja pada hari pertama Ramadan.
Pasangan berusia 18 tahun itu ditahan beberapa jam selepas polis menerima laporan penemuan bayi perempuan yang masih bertali pusat diisi dalam beg pakaian warna hitam daripada seorang pengawal keselamatan, kira-kira jam 5.20 pagi.
Posted by Berita Sentral Semasa Terkini at 9:17 AM 0 comments
Labels: Isu Semasa, Keluarga dan Islam, Kes Pembuangan Bayi
Bogel 6 murid dalam kelas
Wednesday, June 23, 2010
SIMUNJAN: Lima murid lelaki tahun tiga di sebuah sekolah di sini terpaksa menahan kesakitan di dubur masing-masing selepas mendakwa dicucuk lidi penyapu oleh ustaz mereka disebabkan gagal menghafaz surah al-Quran seperti diarahkan.
Selain itu, seorang lagi murid lelaki mendakwa dikasari apabila lehernya dijerut dengan wayar, manakala seorang murid perempuan yang turut dihukum, mengaku kemaluannya diraba ustaz terbabit selepas diarahkan berbogel.
Menurut sumber, enam murid lelaki terbabit juga diarahkan berbogel dalam kelas dengan disaksikan rakan, manakala murid perempuan itu dibogelkan dalam bilik berasingan sebelum dia mendakwa dicabul ustaz berusia 30-an itu.
“Lima murid lelaki dihukum dengan duburnya dimasukkan lidi penyapu selepas diarahkan berbogel, manakala seorang lagi dikasari dengan lehernya dijerut menggunakan wayar. Seorang murid perempuan pula dibogelkan dalam bilik berasingan sebelum kemaluannya diraba ustaz itu,” katanya.
Menurutnya, kejadian menjijikkan itu berlaku pada minggu lalu dan laporan sudah dibuat kepada guru besar sekolah berkenaan, namun tiada tindakan diambil. Bagaimanapun, kes kemudian dibawa ke Pejabat Pelajaran Daerah.
“Susulan kejadian itu, semua murid berkenaan diiringi ibu bapa masing-masing membuat laporan di Balai Polis Simunjan,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Simunjan, Deputi Superintendan Choo Yin Kok ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu, namun enggan mengulas lanjut.
Ini kerana, katanya, polis masih belum mendapat maklumat lengkap dan siasatan masih dijalankan berhubung kejadian itu.
Difahamkan, ustaz yang mengajar di sekolah berkenaan sejak tujuh tahun lalu ditahan polis untuk membantu siasatan berhubung kejadian itu, semalam.
Pada masa sama, semua murid terbabit dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk menjalani pemeriksaan.
Perkara itu turut sudah dibawa ke pengetahuan Jabatan Pelajaran Negeri dan difahamkan, pihak berkenaan turut ke sekolah berkenaan untuk membuat siasatan.
Posted by Berita Sentral Semasa Terkini at 9:02 AM 0 comments
Labels: Kehidupan, Keluarga dan Islam
Isteri nikah tanpa cerai
Saturday, May 22, 2010
KUANTAN: Hancur luluh hati seorang bekas tentera yang baru dibebaskan daripada tahanan selama sembilan bulan apabila mendapati isterinya sudah berkahwin dengan remaja berusia 17 tahun sedangkan dia tidak pernah menceraikan wanita itu.
Lebih mengaibkan, Mohd Zaini Abdul Hamid, 28, mendakwa ibu mentuanya bersekongkol menyembunyikan rahsia pernikahan isterinya dengan suami kedua selain menjadi dalang terhadap perkahwinan terlarang itu yang dilakukan di negara jiran.
Mohd Zaini dari Nenasi, Pekan, mendakwa isterinya yang berusia 26 tahun kini masih tinggal bersama ‘suami’ barunya di kampung asalnya di Pokok Sena, Kedah.
“Saya sebelum ini ditahan dalam tahanan tentera selama sembilan bulan bermula Ogos tahun lalu kerana melakukan kesalahan tidak hadir bertugas.
“Selepas tamat tempoh tahanan, saya pulang mencarinya (isteri), namun terkejut apabila mendapati dia tinggal bersama remaja lelaki berusia 17 tahun di kampungnya di Kedah, lalu saya melaporkan perkara itu kepada Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) untuk tindakan lanjut.
“Bagaimanapun, saya terkejut dan kecewa apabila Jaik memaklumkan kepada saya selepas membuat serbuan pada 15 Julai lalu, isteri saya mengaku sudah berkahwin dengan remaja itu di negara jiran dan mereka mengemukakan dokumen pernikahan dalam tulisan jawi sebagai bukti,” katanya.
Mohd Zaini berkata, dia terkilan apabila tiada tindakan dikenakan terhadap isterinya dan remaja berkenaan kerana Jaik mengatakan surat nikah terbabit sah.
“Saya bingung dengan status saya sebagai suami dan kini nekad untuk menceraikannya. Bagaimanapun, saya terkilan mereka tidak dikenakan hukuman.
“Ini bukan kali pertama dia curang. Sebelum ini, saya pernah terserempak dia bersama remaja itu, namun selepas ditanya, dia memberitahu remaja itu adik angkatnya,” katanya.
Mohd Zani turut mendakwa, sebelum mereka berkahwin, wanita terbabit yang berusia 26 tahun pernah menipunya dengan mendakwa masih anak dara, namun selepas berkahwin dia membawa seorang kanak-kanak berusia empat tahun dipercayai anak yang dilahirkannya hasil hubungan sulit dengan lelaki lain.
“Bagaimanapun, saya tetap menerimanya ketika itu kerana memikirkan kami sudah berkahwin, namun tidak menyangka dia masih sanggup melakukan perkara seperti ini,” katanya yang membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar, Kedah, 15 Julai lalu.
Posted by Berita Sentral Semasa Terkini at 2:00 AM 0 comments
Labels: Kehidupan, Keluarga dan Islam
Pelajar elak dicekup Jais temui ajal
Saturday, April 24, 2010
GOMBAK: Seorang pelajar kolej yang cuba melarikan diri kerana bimbang dicekup penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) maut dalam keadaan mengerikan selepas tergelincir lalu jatuh dari tingkat lima pangsapuri, semalam.
Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Rosly Hassan, berkata kejadian berlaku kira-kira jam 1.40 pagi apabila sekumpulan penguat kuasa Jais membuat operasi cegah maksiat di sebuah pangsapuri di kawasan itu.
Katanya, berdasarkan maklumat, penguat kuasa Jais bergegas ke sebuah unit di tingkat lima yang disyaki digunakan pasangan kekasih bukan muhrim untuk melakukan maksiat.
“Penguat kuasa Jais mengetuk pintu beberapa kali sebelum terdengar bunyi objek terjatuh dari dalam kediaman itu. Tidak lama kemudian pintu dibuka oleh seorang perempuan Melayu dalam keadaan cemas dan mencurigakan,” katanya.
Beliau berkata, pemeriksaan lanjut mendapati pasangan terbabit cuba melarikan diri melalui tingkap yang terbuka.
“Namun, penguat kuasa Jais terkejut apabila mendapati seorang lelaki terjatuh ke bawah pangsapuri dalam keadaan tubuhnya terperosok di dalam longkang.
“Lelaki berkenaan dipercayai cuba melarikan diri dengan meniti bahagian tembok luar tingkap pangsapuri terbabit, namun terjatuh dari tingkat lima,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Pihak Jais kemudian menghubungi ambulans sebelum pegawai perubatan mengesahkan mangsa mati akibat cedera parah pada kepala dan organ dalaman.
“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Selayang untuk bedah siasat sebelum pihak Jais membuat laporan polis berhubung kejadian itu.
“Hasil siasatan awal, polis mendapati mangsa adalah pelajar kolej swasta. Keterangan teman wanitanya berhubung kejadian itu akan diambil,” katanya.
Rosly berkata, polis mengklasifikasikan kejadian itu sebagai mati mengejut tanpa membabitkan sebarang unsur jenayah.
Posted by Berita Sentral Semasa Terkini at 11:35 PM 0 comments
Labels: Jabatan Agama, Keluarga dan Islam, Kerosakan Akhlak, Maksiat, Mukadimah Zina, Pedoman Hidup
Jual susu anak beli dadah
SUBANG JAYA: Pengaruh rakan dan sikap ketagih yang tidak dapat dikawal menyebabkan ada penagih menjual susu anak untuk mendapatkan bekalan dadah.
Suzaidy berkata, akibat ketagih juga, ada penagih menjadikan wanita sebagai sasaran dengan memeras ugut bagi mendapatkan wang membeli dadah.
“Memang susah jika sudah ketagih. Peritnya hanya Tuhan yang tahu kerana saya juga pernah melalui pengalaman sama 10 tahun lalu.
“Paling menyedihkan apabila saya ditangkap di depan keluarga dalam keadaan positif dadah,” katanya ketika ditemui di program itu.
Justeru, beliau berkata, sejak diberi peluang oleh AADK untuk berceramah, beliau sering memberitahu masyarakat supaya jangan sesekali mendekati dadah.
Menurut Suzaidy, apabila terjebak dan mahu kembali ke pangkal jalan, pelbagai cabaran perlu ditempuhi bekas penagih, terutama pandangan masyarakat dan perjalanan masa depan.
“Status sebagai bekas penagih saja sudah cukup berat untuk digalas. Itu belum lagi cabaran sewaktu mahu mencari pekerjaan dan cacian orang sekeliling,” katanya.
“Mujur juga keluarga banyak memberi sokongan dan tak pernah putus memberi kata-kata semangat hingga saya diterima bekerja di AADK,” katanya.
Penyelaras Program Salam Mawaddah, Shuraiya Mohd Jamili meminta remaja perempuan berusia 18 tahun ke atas menjadi ahli Mawaddah sekitar daerah Petaling Jaya.
Posted by Berita Sentral Semasa Terkini at 11:35 PM 0 comments
Labels: AADK, Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Dadah, Keluarga dan Islam, Pedoman Hidup